Seminar Pelaksanaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar di Institusi pengajian Tinggi, Universiti Sains Malaysia, 4-5 Februari 1983
DASAR DAN PELAKSANAAN BAHASA MALAYSIA DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI
3.1 Pendahuluan
Tajuk bab ini memerlukan satu tinjauan umum dibuat mengenai dua hal. Pertama, Dasar Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi, dan ke dua, Pelaksanaan dasar tersebut, iaitu apa yang dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi.
3.2 Dasar
Dalam membincangkan Dasar Bahasa Malaysia ini, tidak terdapat satu pernyataan yang lengkap dalam mana-mana dokumen mengenai pelaksanaannya di pusat-pusat pengajian tinggi. Kita terpaksalah mengumpulkan butir-butir tersebut daripada beberapa sumber: Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, Laporan Pelajaran, dan dokumen-dokumen Kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ketiga, Keempat dan Kelima, dan juga dokumen-dokumen di institusi-institusi berkenaan. Keadaan ini sama sekali tidak boleh dianggap sebagai kelemahan, tetapi sebaliknya. Dengan memberi waktu dan dengan mengambil kira perkembangan yang relevan, maka para pemimpin telah dapat menyusun dasar yang semakin lama semakin jelas dan tegas. Penyata Razak (1959) dan Penyata Rahman Talib (1960) adalah jelas tetapi tidak tegas. Tetapi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan Rancangan Malaysia Keempat adalah lebih jelas dan tegas, apabila menyatakan dasar dan pelaksanaan bahasa Malaysia itu.
3.2.1 Perlembagaan Malaysia
Dalam membicarakan Dasar Bahasa Kebangsaan di dalam sistem pelajaran Malaysia, eloklah juga kita bermula daripada peruntukan di dalam Perlembagaan, sebelum kita melihat implikasinya di dalam sistem pelajaran Malaysia keseluruhannya. Di sini diperturunkan Perenggan 152 daripada Perlembagaan Malaysia (Edisi Jun 1970). Hanya klausa yang bersangkutan dengan pelajaran saja dikutip.
152 (1) Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa:
(a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain.
Falsafah dan sikap tegas perlembagaan kita mengandungi kebijaksanaan. Di
Samping memberi tempat istimewa kepada bahasa Melayu, ia menjamin kedudukan bahasa vernakular lain. Ini besar ertinya kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia, yang menuturkan banyak bahasa.
3.2.2 Akta Bahasa Kebangsaan
Selepas Perlembagaan Malaysia ini termaktub, ada beberapa akta tambahan yang diluluskan oleh Parlimen.
Akta Bahasa Kebangsaan (Tambahan No. 18) 1963, membuat tambahan dalam hal: maksud rasmi, terjemahan, perlanjutan penggunaan bahasa Inggeris (termasuk di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen), teks sahih undang-undang (termasuk undang-undang tertulis sebelum 1.9.1967), bahasa mahkamah, tulisan bahasa Kebangsaan, bentuk angka dan borang. Akta tambahan ini bertujuan untuk melengkapkan peruntukan dalam Perlembagaan.
Pada tahun 1967 diadakan satu lagi Akta Bahasa Kebangsaan (Tambahan No.57), ada sembilan tambahan semuanya. Kebanyakannya melibatkan kebenaran yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan bahasa Inggeris di dalam hal yang berhubungan dengan negara dan agensi asing, dan undang-undang. Ada satu perkara yang melibatkan pelajaran iaitu: d) dalam kursus-kursus latihan atau peperiksaan apabila teks-teks yang sahih adalah dalam bahasa Inggeris atau kursus yang ditetapkan itu masih dalam bahasa Inggeris, maka kursus itu dibenarkan diajar di dalam bahasa Inggeris bergantung kepada keadaannya sendiri, iaitu kursus-kursus bahasa Inggeris, kesusasteraan Inggeris dan kebudayaan Inggeris.
3.2.3 Laporan Razak dan Rahman Talib
Setelah melihat peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia, maka perlulah pula kita meninjau Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ini dapat dikutip daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dapat dipungut daripada Pendahuluan kepada Akta Pendidikan 1971, terbahagi kepada tiga tujuan penting. Salah satu daripadanya ialah mengenai Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, iaitu:
DAN BAHAWASANYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.
Dalam meninjau dasar bahasa kebangsaan yang dibentuk ini perlulah kita melihatnya secara peringkat demi peringkat, dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi.
Ini ialah kerana dasar yang dilaksanakan itu adalah berlanjutan dari dasar yang diperlakukan di sekolah rendah dan menegah. Kukuh atau lemah, sempurna atau kurangnya keadaan pelaksanaan bahasa Malaysia itu berpunca daripada sistem pelajaran kita seluruhnya. Kita tidaklah boleh melihat hanya kepada apa yang berlaku di institusi pengajian tinggi dan membuat rumusan tertentu dengan tidak memperdulikan apa yang berlaku di peringkat rendah. Sememangnya, sesuatu yang berlaku di sekolah rendah dan menengah itu mempunyai kesan dan implikasi di peringkat pengajian tinggi.
Sebelum Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan, kedudukan bahasa Melayu di dalam sistem pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (yang kemudiannya menjadi Malaya dan Malaysia), adalah masih rendah dibandingkan dengan bahasa Inggeris (juga bahasa Mandarin yang pada masa itu telah digunakan dalam pelajaran menengah dan tinggi). Walaupun sejarah bahasa Melayu memang dapat membuktikan bahawa ia pernah mencapai zaman gemilang pada masa lampau, tetapi keadaannya telah lama terbiar. Sebenarnya bahasa Melayu itu memang terus dipergunakan sebagai bahasa akademik untuk mengungkapkan idea dan konsep di dalam bidang agama (Islam), tetapi pada tahun 1955, keadaannya masih terkebelakang berbanding dengan bahasa Inggeris.
Untuk memudahkan perbincangan, dasar bahasa Malaysia ini, perlulah dilihat di peringkat: (i) Sekolah (Rendah dan Menengah), (ii) Maktab, dan (iii) Universiti, untuk mendapat gambaran yang menyeluruh.
(i) Dasar di Sekolah
Sebelum Merdeka, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah-sekolah rendah Melayu, di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, dan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka. Bahasa Melayu juga hanya diajarkan sebagai satu mata pelajaran di beberapa buah Sekolah Menengah Kerajaan (Inggeris). Keadaan ini telah bertukar setelah Jawatankuasa Pelajaran 2955 ditubuhkan, dan Jawatankuasa ini menghasilkan Penyata Razak (1956). Penyata itu menyatakan hasrat untuk “...menubuhkan suatu peraturan pelajaran kebangsaan...”, dan tujuannya ialah:
“..menyatakan budak-budak daripada semua bangsa di dalam mengeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar (utama), walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan diperbuat dengan beransur”.
(Penyata Razak 1956: perenggan 12)
Untuk mencapai tujuan di atas, Penyata tersebut telah mengesyorkan perkara-perkara berikut:
(i) “...bahasa Melayu mestilah dipelajarkan di dalam semua sekolah” dan “...dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh Kerajaan di dalam semua sekolah”. (Penyata Razak 1956: Perenggan 18).
(ii) “...dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapat Sijil Rendah (Lower Certificate0 dan Sijil Pelajaran Kebangsaan (National Certificate of Education)...”. (Penyata Razak 1956: Perenggan 22[b]).
(iii) “Dalam Sekolah-Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan itu dicadangkan supaya bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan”.
Setelah dilaksanakan selama lima tahun, sebuah Jawatankuasa Penyemak Dasar pelajaran 1956 itu dilakukan. Laporannya dikenali sebagai Penyata Rahman Talib (1960). Penyata Rahman Talib menegaskan kembali syor menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum semua sekolah. Ini dapat dirumuskan dari:
“bahawa Bahasa Kebangsaan ini hendaklah diajar mulai dari Darjah I dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris (semua ada sekolah bantuan, bantuan separuh atau sekolah-sekolah yang bersendiri”. [Penyata Rahman Talib (1960): 71(a)]. Seterusnya jawatankuasa itu mengesyorkan:
“ Pelajaran rendah dalam bahasa Kebangsaan akan dimajukan dengan mengadakan pelajaran menerusi bahasa Kebangsaan di sekolah yang dahulunya sekolah rendah Kerajaan, dengan syarat ada guru-guru yang sesuai, dan semua sekolah rendah batuan akan diubah menjadi sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan...”. [Penyata Rahman Talib 1976: Perenggan 37 (c)].
Ini bermakna bahawa batu asas yang kukuh untuk menjadikan bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan Malaysia telah difikirkan dan ditetapkan sejak Penyata Razak (1956) lagi. Walau bagaimanapun ini telah dilaksanakan tidak secara menyeluruh, dan kejayaannya hanya sebahagian. Sehingga tahun 1969, pelaksanaannya masih belum berkesan.
(ii) Dasar di Maktab
Penyata Razak juga telah menyarankan supaya bahasa Melayu itu dijadikan satu mata pelajaran penting dalam latihan perguruan. Ini telah dikukuhkan oleh Penyata Rahman Talib yang mengesyorkan supaya Menteri Pelajaran menjadikan kelulusan dalam bahasa Melayu/Malaysia sebagai syarat wajib untuk kemasukan ke mana-mana skim latihan perguruan. Dengan itu bahasa Melayu/Malaysia telah digunakan sebagai satu mata pelajaran wajib di maktab perguruan mulai tahun 1957. pada tahun itu juga, bahasa Melayu/Malaysia telah digunakan sebagai bahasa pengantar, dalam kurus-kursus peringkat awal. Hanya mulai tahun 1973 bahasa Melayu/Malaysia telah menjadi bahasa pengantar yang tunggal dalam latihan perguruan.
(iii) Dasar di Universiti
Dasar bahasa Melayu/Malaysia di universiti itu adalah lanjutan daripada dasar bahasa Malaysia di dalam Perlembagaan Malaysia dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dengan itu ia juga perlu melaksanakan penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Di samping itu pelajar yang mengikuti pengajian di universiti diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya kelulusan dalam bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, melainkan di Universiti Teknologi Malaysia yang memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya taraf kepujian. Ini adalah untuk menjamin penggunaan bahasa Malaysia itu dengan berkesan dalam kursus pengajian di universiti.
Secara kasarnya, penggunaan bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi itu adalah merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan di peringkat sekolah dan maktab. Apabila pelajar-pelajar yang sampai ke universiti itu telah menerima pelajarannya di dalam bahasa Malaysia, maka terpaksalah institusi pengajian tinggi itu menyampaikan kursusnya dalam bahasa Malaysia juga. Sekiranya tidak, maka segala-galanya akan menjadi sia-sia, sebab pelajar-pelajar tersebut akan hanya mampu menerima ilmu mereka dalam bahasa Malaysia saja.
Dalam hal ini semua institusi pengajian tinggi di Malaysia telah berusaha untuk mencapai matlamat ini, walau bagaimanapun ada masalah yang dihadapinya. Ini akan dapat dilihat dalam pelaksanaannya yang akan dibincangkan kelak.
Sebenarnya pernyataan dasar bahasa dalam pengajian tinggi tidak ternyata dengan jelas dalam dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas tadi. Dokumen yang ada memberi sedikit penjelasan mengenai isu bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain ialah Rancangan Malaysia Ketiga, Keempat dan Kelima.
3.2.4 Rancangan Malaysia Ketiga, Keempat dan Kelima
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, Keempat dan Kelima terdapat pernyataan yang jelas mengenai dasar dan pelaksanaan bahasa Malaysia hari ini. Perenggan 1310 dalam Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980 menyatakan, bahawa:
“Bahasa Malaysia akan terus dipelaksanakan sebagai bahasa pengantar utama, dengan tujuan memperkukuhkan asas untuk perpaduan kebangsaan dan penyatuan rakyat Malaysia, manakala penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang penting juga diperluaskan”.
Dalam Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) pula terdapat pernyataan Dasar Bahasa Kebangsaan yang bukan saja lebih tegas, tetapi lebih semasa. Ada tiga perenggan yang menyatakan dasar negara mengenai bahasa Kebangsaan, iaitu perenggan 969, 970 dan 998.
Perenggan 969 mengatakan:
“Dasar dan program untuk pelajaran dan latihan akan terus dipergiatkan ke arah memupuk perpaduan negara dan meningkatkan pernyataan semua rakyat Malaysia dalam pembangunan negara. Dasar untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama akan dilaksanakan sepenuhnya di peringkat pelajaran menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 2982, serta Sarawak pada tahun 1990. menjelang akhir-akhir tahun lapan puluhan dasar ini akan dilaksanakan sepenuhnya di peringkat pelajaran tinggi. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua akan diberi tumpuan yang lebih”.
Perenggan 970 pula mengatakan:
“Perkembangan yang paling penting di bidang pelajaran dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu ialah kemajuan ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama...Selaras dengan Akta Pelajaran 1961 sekolah-sekolah Kerajaan dan bantuan Kerajaan di peringkat rendah yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar telah dikekalkan”.
Perenggan 998 pula telah membuat penggolongan.
“Langkah-langkah bertujuan untuk mengukuhkan lagi pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua akan diteruskan. Untuk tujuan ini, usaha-usaha akan dibuat untuk mempastikan lebih ramai guru dilatih dalam pengajaran bahasa Inggeris... Kurus-kurus dalam perkhidmatan untuk guru-guru bahasa Inggeris akan juga diteruskan...”.
Dalam ketiga-tiga perenggan ini jelas ternyata sikap negara terhadap hasrat melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar pengajian tinggi, di samping mengenali dan mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris.
3.2.5 Dasar Negara terhadap Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing
Pada peringkat ini memang kena pada tempatnya kita melihat pula kedudukan bahasa Inggeris. Cina dan Tamil dalam dasar bahasa negara Malaysia. Memang jelas dalam Perlembagaan Malaysia, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Rancangan Malaysia Keempat, dan beberapa buah sumber lain yang dipetik di dalam bahagian di atas menyatakan betapa pentingnya kedudukan dan peranan bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran Malaysia.
Bahasa Inggeris akan terus diajar dan menjadi bahasa kedua yang penting.
Kedudukan bahasa-bahasa lain di samping bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris adalah terjamin menurut peruntukan dalam Perlembagaan dan juga Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan Rancangan Malaysia Keempat. Bahasa Cina dan Tamil itu akan terus dipergunakan sebagai bahasa pengantar, lebih-lebih lagi di sekolah rendah, sekolah menengah bagi bahasa Cina. Ini adalah merupakan sesuatu hal yang sudah wujud. Ia tidak boleh dikelirukan dengan ketiadaan sebuah universiti dalam bahasa lain dari Bahasa Kebangsaan. Langkah demikian bukan saja patut dilihat dari segi seperti memadukan rakyat dan pertimbangan ekonomi. Faktor-faktor ini lebih besar dan kepentingan kaum tertentu.
Walau bagaimanapun hak ini masih terjamin seperti yang dapat dilihat dalam perenggan 40, Akta Pelajaran 1971, iaitu:
“…tidak menyekat penubuhan dan pengekalan mana-mana sekolah atau institusi pendidikan yang tidak menerima apa-apa bantuan kerajaan dengan syarat sekolah atau institusi yang demikian ini mematuhi Akta yang tersebut berserta dengan perintah dan peraturan yang sedang berkuatkuasa sekarang, tidak ada sebarang yang menghendaki sekolah atau institusi itu menggunakan mana-mana bahasa sebagai bahasa pengantar. (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, Perenggan 82).
3.2.6 Falsafah di Belakang Dasar Bahasa Kebangsaan
Kita faham bahawa negara kita mempunyai berbagai-bagai kaum dan bahasa. Oleh yang demikian, kenapa negara kita membentuk dasar yang sedemikian rupa. Ada beberapa sebab yang mendesak memerlukan dasar yang demikian.
Justeru, kerana negara kita mempunyai berbagai-bagai kaum yang menuturkan berbagai bahasa itulah menyebabkan perlunya adalah satu isu lain, tetapi dalam hal ini bahasa Melayulah yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertanggungjawab (yang terdiri dari U.M.N.O., M.C.A. dan M.I.C.) sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf berkerajaan sendiri. Lagipun bahasa Melayu itu yang teramai, dan bahasa yang dituturkan sebagai bahasa pengantar di kalangan rakyat Tanah Melayu waktu itu.
Dari segi politik antarabangsa pula, Tanah Melayu memerlukan identiti sendiri dan ini hanya dapat dilambangkan oleh bahasa yang dituturkan oleh rakyatnya. Sebuah negara yang baru merdeka seperti Persekutuan Tanah Melayu memerlukan identitinya sendiri. Di samping membentuk identiti baru ini, negara ini perlu membentuk perpaduan rakyat. Adalah menjadi harapan negara agar perpaduan dapat dilahirkan melalui satu bahasa ini.
Berhubungan dengan ini, lebih asas daripada itu, ialah erti bahasa Kebangsaan itu. Bahasa Kebangsaan itu akan menjadi bahasa pendidikan dan juga bahasa pentadbiran. Bahasa pendidikan itu besar ertinya, iaitu untuk membolehkan rakyat menerima pelajarannya di dalam bahasa kebangsaannya. Tanpa dasar demikian, rakyat akan terpaksa mempelajari bahasa asing, seperti dalam zaman penjajahan, sebelum dapat menerima pelajaran. Sehubungan dengan ini, pentadbiran juga akan menggunakan bahasa kebangsaan, supaya dapat difahami oleh semua rakyat. Sewaktu dalam pemerintahan Inggeris, ada rakyat yang tidak pun mengerti akan proses pemerintahan yang mengongkong mereka. Malah mereka tidak pun memahami borang yang perlu mereka isi. Oleh itu keadaan ini perlu diubah untuk membolehkan mereka memahami bahasa pemerintahan.
Untuk melaksanakan tujuan di atas ini, maka dasar di atas perlu disusun dan dilaksanakan. Penggunaan bahasa kebangsaan dalam sistem pelajaran kita adalah saluran yang paling wajar untuk melaksanakan dasar ini. Oleh yang demikian bolehlah kita membincangkan dasar pelaksanaan bahasa Malaysia dalam sistem pelajaran.
3.3 Pelaksanaan Bahasa Malaysia dalam Sistem Pelajaran
Telah disebut dalam Dasar Bahasa Kebangsaan bahawa pelaksanaannya hendaklah beransur-ansur. Inilah yang berlaku. Tidak ada tindakan yang boleh dibuat dengan tergesa-gesa dalam hal seperti ini. Ini bukalah satu kelemahan. Seperti juga dalam pembentukan dasar, di sinilah terletaknya satu kematangan pemikiran. Pelaksanaan yang beransur-ansur ini membolehkan kita melihat perkembangannya, masalahnya, kekuatannya dan kelemahannya dengan sempurna, dan memperakukan langkah-langkah untuk memperbaikinya. Pada saat ini, pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan kita berjalan lancar. Tidak ada sesuatu yang harus kita sangsikan baik dari segi akademiknya, politiknya, dan sosiobudayanya. Sebagaimana yang kita akan lihat nanti, ada banyak masalah yang belum selesai.
Pelaksanaan beransur-ansur ini dapat kita lihat di peringkat sekolah, maktab dan universiti.
3.3.1 Pelaksanaan Bahasa Malaysia di Sekolah
Kita melihat pelaksanaan bahasa Malaysia di sekolah dari dua segi:sebagai satu mata pelajaran dan sebagai bahasa pengantar.
(a) Bahasa Melayu sebagai Mata Pelajaran
Untuk melaksanakan Dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pengajaran Bahasa Kebangsaan di semua peringkat dan jenis sekolah melalui Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. seterusnya pada tahun 1957 Kementerian menjadikan kelulusan dalam mata pelajaran ini sebagai syarat wajib untuk mendapatkan kelulusan dalam peperiksaan awam, khususnya, Sijil Rendah Pelajaran (S.R.P.) dan Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M.). Mulai tahun 1957 itu, dua jenis Sukatan Pelajaran telah digunakan iaitu: (i) sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Kebangsaan, Menengah Kebangsaan, dan untuk pelajar Melayu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang berpengantar bahasa Inggeris, Cina dan Tamil, dan seterusnya untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang berpengantar bahasa Inggeris.
Satu sukatan pelajaran baru bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah telah digunakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris mulai tahun 1970, dan seterusnya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pada tahun 1971. Ini bermakna, hanya ada satu Sukatan Pelajaran yang digunakan di sekolah rendah dan tidak seperti sebelumnya. Kursus Bahasa Malaysia pada peringkat sekolah rendah itu bertujuan supaya murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak berumur 12 tahun di dalam perhubungan sehari-hari dan mempelajari mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum sekolah rendah.
Jadi dapatlah dilihat bahawa memang, dalam melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan itu telah diperhatikan juga kedudukan dan peranan bahasa Kebangsaan dalam sekolah-sekolah yang tidak menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
(b) Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar
Dasar penggunaan bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa pengantar tercatat dalam Penyata Razak (1956), dan dengan itu usaha untuk mencapai tujuan ini telah mula dijalankan beransur-ansur. Bahasa Melayu/Malaysia yang dulunya digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Melayu hingga ke darjah VI telah mula digunakan sebagai bahasa pengantar pada tahun 1958 di kelas menengah Melayu yang kemudiannya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan. Di Semenanjung dan di Sabah, pertukaran bahasa pengantar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris telah dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dimulakan pada bulan Januari 1968 dengan menetapkan lima mata pelajaran untuk diajarkan dalam bahasa Malaysia di darjah I-III.. Mata pelajaran itu adalah Latihan Jasmani, Ilmu Kesihatan, Seni Lukis dan Pertukangan Tangan, Pelajaran Tempatan, dan Muzik. Ini diikuti pula oleh pelajaran Tata Rakyat, Sejarah dan Geografi di darjah IV pada tahun 1969. Pada tahun 1970, semua mata pelajaran di darjah I, melainkan bahasa Inggeris dan bahasa kandung selain daripada bahasa Malaysia, diajarkan dalam bahasa Malaysia (Surat Pekeliling Ikhtisas No. 8/1969). Pada tahun 1975, semua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Di Sarawak, rancangan pelaksanaannya seperti di atas dimulakan pada tahun 1977.
Bagi Sekolah Menengah pula, pada tahun 1973, semua mata pelajaran sastera di Tingkatan I diajarkan dalam bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia diajarkan sebagai satu mata pelajaran untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Malaysia murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang berpengantarkan bahasa Cina dan Tamil. Seterusnya pada tahun 1975, kelas peralihan bahasa Malaysia telah dimulakan supaya pelajar dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ini dapat menuruskan pelajaran menengah melalui bahasa pengantar bahasa Malaysia. Pada tahun 1976, semua Tingkatan I menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, dan semua mata pelajaran sastera di Tingkatan IV diajarkan dalam bahasa Malaysia. Mulai tahun 1980, semua sekolah menengah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Tingkatan I-IV melainkan Tingkatan VI akan menggunakan mulai tahun 1981. tarikh-tarikh penting pelaksanaan bahasa Malaysia dalam peperiksaan adalah seperti berikut:
1957 - Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya Certificate of Education) yang berpengantar bahasa Inggeris diperkenalkan buat pertama kalinya dengan mewajibkan kelulusan dalam bahasa kebangsaan.
1969 - Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar telah dilaksanakan buat pertama kali.
1962 - i) Kelulusan dalam Bahasa Kebangsaan telah diwajibkan di dalam
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran bagi aliran Inggeris.
- ii) Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan dengan menggunakan pengantar bahasa Melayu dilaksanakan.
1967 - Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan bagi jurusan sastera yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah dijalankan.
1969 - i) Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan bagi jurusan sains yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah dilaksanakan.
- ii) Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah dijalankan.
1970 - i) Peperiksaan Sijil Persekolahan Cambridge Sebarang Laut telah
dimansuhkan, dan digantikan dengan Sijil Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran bahasa Kebangsaan ditukar menjadi Bahasa Malaysia I dan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia II. Kelulusan dalam Bahasa Malaysia I diwajibkan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Malaysia Certificate of Education.
- ii) Mata pelajaran Bahasa Kebangsaan digantikan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi peringkat Sijil Rendah Pelajaran untuk semua pengantar.
1972 - Kertas Bahasa Malaysia I dimansuhkan. Kertas Bahasa Malaysia II
ditukar nama menjadi kertas Bahasa Malaysia saja. Kelulusan dalam Bahasa Malaysia diwajibkan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Malaysia Certificate of Education.
1978 - Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dijadikan hanya dengan
perantaraan Bahasa Malaysia.
1982 - Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan akan dijalankan hanya dengan
perantaraan bahasa Malaysia.
Ada dua perkara yang harus diperhatikan. Pertama, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Sarawak terkebelakang lapan tahun. Kedua, pengajaran mata pelajaran sains, juga terkebelakang dua tahun. Ini bermakna, pengajaran mata pelajaran sastera terawal dua tahun. Berikutan dengan tindakan tegas Menteri Pendidikan Malaysia, Rahman Yaakob, pada tahun 1970, semua bahasa Malaysia. Pada tahun 1972, dasar ini sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadual pelaksanaan ini dapat dilihat dalam jadual berikut:
RANCANGAN UNTUK MENUKAR BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN INGGERIS KE BAHASA MALAYSIA
1972 | KP | BM | A | PJK | SLPT | Ing | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
T I | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam* | Twrk* | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
1973 | KP | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
T I | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T II | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam* | Twrk* | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
1974 | KP | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
T I | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T II | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk* | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T III | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam* | Twrk* | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
1975 | KP* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* |
T I | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T II | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T III | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T IV | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam* | Twrk* | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
* KP diadakan dalam Bahasa Malaysia sahaja
1976 | KP* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* |
T I | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |
T II | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T III | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T IV | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T V | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam* | Twrk* | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
* Tingkatan I dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia (Darjah I dalam Tahun 1970)
1977 | KP* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* |
T I* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |
T II* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |
T III | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T IV | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* | |
T V | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MP* | Ing* |
1978 | KP* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | ||||
T I* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T II* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T III* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T IV | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MPO* | Ing* | |||||
T V | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MPO* | Ing* | |||||
T VI B | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
1979 | KP* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing | ||||
T I* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing | |||||
T II* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T III* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T IV | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MPO | Ing* | |||||
T V | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab* | Sains* | MPO* | Ing* | |||||
T VI B | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
T VI A | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
1980 | KP* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | ||||
T I* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T II* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T III* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T IV | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MPO | Ing* | |||||
T V | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MPO | Ing* | |||||
T VI B | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
T VI A | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
Universiti: | | |||||||||||||||
Tah I | Kursus Sastera/Ekonomi | Kursus Sains/Teknik/Perubahan d.1 * | ||||||||||||||
1981 | KP* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | ||||
T I* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T II* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T III* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T IV* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MPO | Ing* | |||||
T V* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MPO | Ing* | |||||
T VI B | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
T VI A | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
Universiti: | | |||||||||||||||
Tah I | Kursus Sastera/Ekonomi | Kursus Sains/Teknik/Perubahan d.1 | ||||||||||||||
Tah II | Kursus Sastera/Ekonomi | Kursus Sains/Teknik/Perubahan d.1 | ||||||||||||||
1981 | KP* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | ||||
T I* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T II* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T III* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MP | Ing* | |||||
T IV* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MPO | Ing* | |||||
T V* | BM | A | PJK | SLPT | TR | Alam | Twrk | Hisab | Sains | MPO | Ing* | |||||
T VI B | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
T VI A | Aliran Sastera | BM | Ing* | Aliran Sains* | BM | Ing* | ||||||||||
Universiti: | | |||||||||||||||
Tah I | Kursus Sastera/Ekonomi | Kursus Sains/Teknik/Perubahan d.1 | ||||||||||||||
Tah II | Kursus Sastera/Ekonomi | Kursus Sains/Teknik/Perubahan d.1 | ||||||||||||||
Tah III | Kursus Sastera/Ekonomi | Kursus Sains/Teknik/Perubahan d.1 | ||||||||||||||
Universiti
1983 Tahun * Semua Kursus dalam Universiti |
* Mata pelajaran yang diajar * Mata pelajaran yang diajar
dalam Bahasa Malaysia dalam Bahasa Malaysia
KP = Kelas Alam = Ilmu Alam
VI B = VI Bawah Twrk = Tawarikh
VI A = VI Atas Sains = Ilmu Sains
BM - Bahasa Malaysia MP - Mata Pelajaran Praktik
(Seni Perusahaan/Sains
A - Agama Islam Pertanian/Sains Rumah
Tangga/Pengajian
PJK - Pelajaran Jasmani & Kesihatan Perdagangan
SLPT - Seni Lukis & Pertukangan Tangan MPO - Mata pelajaran Opsyen
TR - Tala Rakyat Ing - Bahasa Inggeris
T - Tingkatan Hisab - Ilmu Hisab
Tah - Tahun
Dipetik daripada Laporan Penilaian Menteri Pelajaran Malaysia, 1972.
(c) Masalah
Ada beberapa masalah untuk menjalankan dasar ini. Masalah untuk melaksanakan dasar di atas dapat dilihat dari segi guru, murid dan buku atau bahan bacaan.
(1) Guru
Guru bukan penutur kandung yang mengajar mata pelajaran selain daripada bahasa Malaysia dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar didapati mengalami masalah untuk menerangkan berbagai corak huraian, proses, konsep dan lain-lain di dalam bahasa Malaysia. Sungguhpun mereka telah mengikuti kursus bahasa Malaysia, kursus yang mereka ikuti kursus bahasa Malaysia, kursus yang mereka ikuti itu adalah kursus kefasihan dan tidak mengandungi unsur penggunaan bahasa untuk tujuan bidang khusus adakalanya bahasa basahan dan dialek tempatan digunakan di bilik darjah. Perkara ini tidaklah dapat dielakkan. Penangguhan akan merupakan satu punca kegagalan lagi. Satu langkah permulaan adalah perlu, sekiranya tidak, masalah tersebut tidak akan dapat diatasi.
(2) Murid
Adalah didapati bahawa kemampuan bahasa Malaysia murid adalah berbeza mengikut tatar belakang masing-masing. Di kawasan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama, murid banyak terdedah kepada penggunaan bahasa basahan, bahasa perhubungan am, dan dialek tempatan; tetapi kurang terdedah kepada penggunaan bahasa Malaysia yang lebih bersifat teknikal dan formal. Di kawasan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua, murid-murid kurang terdedah kepada penggunaan bahasa Malaysia di dalam konteks sebenar. Mereka mengalami masalah besar untuk belajar di dalam bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, ini hanya merupakan masalah awal saja.
Peluang bagi murid untuk memperkukuhkan kemahiran bahasa Malaysia melalui pembacaan luas amat kurang kerana kebanyakan sekolah tidak mempunyai kemudahan perpustakaan. Sekolah yang ada perpustakaan pula menghadapi masalah pengelola yang terlatih, kesempitan ruang dan masa, terutama sekali sekolah-sekolah besar dan sekolah dua sidang sehari. Bahan bacaan yang sesuai dan diperingkat-peringkatkan juga tidak banyak.
(3) Buku
Buku teks dan buku rujukan serta buku bacaan tambahan memainkan peranan yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pada umumnya, buku teks bahasa Malaysia yang diedarkan adalah buku yang ditulis berdasarkan sukatan pelajaran yang berkuatkuasa mulai tahun 1970. Penerbitan buku teks yang baru hanya boleh dipinda mengikut sukatan pelajaran baru apabila berlaku pertukaran kepada sukatan tersebut. Selain daripada itu, terdapat kekurangan dan masalah pada buku rujukan seperti tatabahasa pegangan dan kamus, serta buku bacaan tambahan dalam bahasa Malaysia.
Di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula, buku teks juga menimbulkan masalah, terutama sekali masalah kekurangan buku teks yang sesuai mengikut peringkat pencapaian murid.
3.3.2 Pelaksanaan di Maktab
Dalam pelaksanaannya, bahasa Melayu telah dijadikan mata pelajaran wajib di dalam kursus perguruan sejak tahun 1957. Program untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di maktab pergurauan telah dijalankan secara beransur-ansur malai tahun yang sama. Pada peringkat awal, rancangan ini tidaklah selaras di antara sebuah maktab dengan maktab yang lain, iaitu bergantung kepada kemampuan pensyarah, komposisi pelajar, dan jurusan kursus yang dijalankan di maktab berkenaan.
Mulai tahun 1970, bahasa Malaysia telah menjadi bahasa pengantar utama untuk kursus perguruan sekolah rendah dan malai tahun 1973, semua maktab perguruan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam hampir semua kursus. Walaupun bahasa Malaysia sudah digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran yang diajarkan di semua maktab perguruan, namun masih terdapat beberapa kelemahan dalam tingkat pencapaian dan kemahiran bahasa Malaysia di kalangan guru pelatih dan sebilangan besar pensyarah. Pada umumnya, penyalahgunaan bahasa masih terdapat, khususnya di dalam ejaan, tatabahasa dan penggunaan istilah.
3.3.3 Pelaksanaan di Universiti
Di universiti tempatan, kedudukan penggunaan bahasa Malaysia dapat dilihat dari aspek pengajaran dan aspek pentadbiran. Dalam bidang pengajaran, bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar untuk pelajaran tertentu, dan juga diajarkan sebagai satu mata pelajaran. Dalam bidang pentadbiran, pada umumnya, bahasa Malaysia sudah digunakan sepenuhnya.
Pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di universiti telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan. Oleh yang demikian, menjelang tahun 1984, pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran sastera dan sains akan dapat dijalankan. Malah, kebanyakan universiti telah lama mengamalkan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, mendului jadual pelaksanaan dasar.
Di samping melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar ini, diadakan juga langkah-langkah lain untuk melengkapkan pelajar dan pensyarah dengan kemahiran. Pada umumnya, di universiti, terdapat satu badan yang dipanggil pusat, unit, atau jabatan bahasa yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mengendalikan pengajaran bahasa Malaysia. Kumpulan yang diajar bahasa Malaysia ini adalah terdiri daripada pelajar, kakitangan akademik dan kakitangan am. Pada umumnya, matlamat pengajaran bahasa Malaysia itu ialah untuk membolehkan:
i) pelajar mencapai kemahiran dalam bahasa Malaysia;
ii) pensyarah meningkatkan kebolehan berkuliah dalam bahasa Malaysia;
iii) pegawai tadbir dan kakitangan am meningkatkan kebolehan menggunakan bahasa Malaysia dalam urusan pentadbiran.
Berikut diberi sedikit gambaran pelaksanaan Dasar Bahasa Malaysia di institusi-institusi pengajian tinggi pada masa ini. Kebanyakan dari pernyataan ini dikutip dari kertas-kertas kerja dalam seminar kebangsaan mengenai Status Dasar Bahasa Malaysia di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 28 dan 29 Jun 1980.
1. Universiti Kebangsaan Malaysia
Sebenarnya tidak banyak terdapat pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan bahasa Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam seminar di atas hanya terdapat dipaparkan sikap orang-orang terlibat terhadap menggunakan bahasa Malaysia itu sebagai bahasa pengantar. Akhirnya, penubuhan (Universiti Kebangsaan Malaysia) itu merupakan titik tolak bagi melaksanakan hasrat rakyat untuk mewujudkan suatu pusat pengajian tinggi yang bercorak kebangsaan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh digunakan di peringkat universiti.
Penulis kertas kerja dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu terus mengatakan dalam ‘penutupnya’, “Dalam kertas yang ringkas ini saya telah cuba meninjau masalah serta kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya dalam bidang pengajian sains dan perubatan. Kita tidak ragu-ragu menyatakan bahawa dari kenyataan dan kejayaan yang sedia ada, kemampuan bahasa Malaysia tidak lagi kita persoalkan sebagai bahasa pengantar untuk bidang ilmu sains dan perubatan. Walaupun kita masih akan menghadapi masalah kekurangan buku-buku teks dalam bahasa Malaysia menjelang tahun 1983, masalah lain yang juga penting ialah maslah mempertingkatkan bahasa Malaysia itu ke taraf yang lebih tinggi sebagai bahasa ilmiah, serta juga peningkatan kemampuan berbahasa yang lebih tinggi dan baik di kalangan pelajar dan juga tenaga pengajar.
Di samping itu, menurut Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia 1981 (perenggan 269), “ Di Universiti Kebangsaan Malaysia, bahasa Malaysia tidak diajarkan sebagai satu kurus. Walau bagaimanapun, kursus bimbingan jangka pendek ada ditawarkan dari semasa ke semasa untuk pelajar dan pensyarah yang memerlukannya”.
2. Universiti Malaya
Di Universiti Malaya, dasar dan pelaksanaan bahasa Malaysia dapat diteliti dari tiga segi:
(1) Pengajaran bahasa sebagai suatu mata pelajaran dalam tahun-tahun pengajian di fakulti-fakulti,
(2) Penggunaan bahasa sebagai alat pengantar pelajaran dalam kursus-kursus akademik,
(3) Penggunaan bahasa sebagai alat bantu terutama dalam tadbiran dan perhubungan.
Ketiga-tiga segi ini meliputi semua fakulti dan pusat pengajian yang terdapat di Universiti Malaya. Tiap-tiap fakulti atau pusat mempunyai dasar dan rangka pelaksanaan yang berbeza-beza. Namun begitu, pada umumnya universiti sudah menerima matlamat bahawa pasti akan berlaku penggunaan bahasa Malaysia pada semua peringkat dan dalam semua institusi pengajian. Matlamat ini akan dicapai dengan cara beransur-ansur sama ada dari segi pengajaran sebagai satu mata pelajaran, penggunaan bagi tiap-tiap tahun pengajian mahupun pada jenis-jenis kursus yang ditawarkan. Oleh kerana itu corak penggunaan dan matlamat pengajaran serta kepentingannya berbeza dari fakulti ke fakulti. Kita akan hanya menumpukan perhatian kepada dua fakulti sahaja: sains dan undang-undang.
Secara terperinci keadaan berikut sedang berjalan di Fakulti Sains:
i) Pengajaran Bahasa
Bahasa Malaysia menjadi 2 unit wajib bagi kelulusan dalam pengajian pada tahun-tahun kedua dan ketiga bagi semua jabatan. Dalam pada itu seorang mahasiswa boleh dilepaskan daripada syarat ini jika mereka mempunyai kelulusan yang baik dalam bahasa Malaysia di peringkat Malaysian Certificate of Education (M.C.E) ataupun datang dari aliran bahasa Malaysia.
ii) Penggunaan sebagai Pengantar
Berdasarkan kepada dasar pelaksanaan yang beransur-ansur maka setakat ini 100% daripada pengajaran mata pelajaran sains tahun I dan II adalah di dalam bahasa Malaysia. Ini termasuklah kuliah amali dan tutorial di semua jabatan. Terdapat peraturan yang berbeza di antara jabatan-jabatan bagi kursus-kursus tahun III dan peratusan yang sewajarnya masih kurang bagi tahun IV. Dengan lain-lain perkataan suatu kemajuan yang amat pesat dalam penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam bidang sains sedang berlaku dan dijangka menjelang tahun 1983, kejayaan 100% akan dapat dicapai.
Namun demikian, kelonggaran akan diamalkan apabila terdapat pensyarah asing dengan kontrak jangka pendek. Mereka dibenarkan memberi kuliah di dalam bahasa Inggeris tertakluk kepada dasar mengernai peperiksaan (lihat bawah). Dalam jangka yang panjang keadaan ini dapat diselaraskan seperti biasa apabila kakitangan akademik tempatan dapat dilatih untuk menggantikan pensyarah asing itu. Hanya sebuah jabatan yang berkaitan dengan Fakulti Sains yang memberi kuliah sepenuhnya dalam bahasa Malaysia, iaitu, jabatan Geografi yang juga menjadi bahagian Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Berkait rapat dengan pengajaran dalam bahasa Malaysia ialah corak peperiksaan yang dijalankan. Beberapa dasar telah dikenalkan mengenai hal ini. Pada asasnya setiap kursus yang diberi di dalam bahasa Malaysia mestilah mempunyai soalan dan jawapan dalam bahasa Malaysia juga. Demikian juga kuliah dalam bahasa Inggeris. Kursus dalam bahasa Inggeris boleh dijawab dalam bahasa Malaysia. Semua kursus di Fakulti Pendidikan bagi Ijazah Sains dengan Pendidikan wajib dijawab dalam bahasa Malaysia.
iii) Penggunaan dalam Pentadbiran
Sekarang ini bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran sama ada dari segi perhubungan surat-menyurat, catatan minit mesyuarat mahupun kertas-kertas fakulti mengenai sesuatu perkara.
(b) Fakulti Undang-Undang
Fakulti ini adalah agak istimewa dengan erti ia tidak mempunyai jabatan tertentu. Bilangan mahasiswa adalah seramai kira-kira 300 orang dan sistem pengajian berjalan selama 4 tahun sehingga tingkat kepujian atau gagal. Dari sejak penubuhannya pada tahun 1973 tekanan telah diberikan kepada penggunaan bahasa Malaysia sama ada sebagai mata pelajaran mahupun sebagai bahasa pengantar. Dalam pada itu bahasa Inggeris dikekalkan sebagai bahasa terpenting untuk mengikuti pengajian undang-undang. Justeru itu, satu dasar dan amalan yang amat realistik telah berlaku dalam Fakulti Undang-Undang.
i) Pengajaran bahasa sebagai satu mata pelajaran menjadi syarat kelulusan bagi tiga tahun pengajian: I, II dan III. Setiap mahasiswa mesti lulus syarat bahasa ini sebelum dibenarkan naik ke tahun yang lebih tinggi.
ii) Bahasa pengantar Malaysia telah digunakan dalam semua kursus kecuali kursus-kursus yang dikenalkan oleh pensyarah dari negara luar. Untuk memenuhi matlamat mengekalkan dan menjaga keperluan bahasa Inggeris yang masih menjadi bahasa utama dalam mahkamah maka tutorial telah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan demikian setiap mahasiswa dapat mencapai kemahiran dan kecekapan di dalam kedua-dua bahasa.
iii) Penggunaan bahasa dalam pentadbiran adalah sama bagi seluruh universiti di mana bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya.
Secara keseluruhan dapat dikatakan bahawa bahasa Malaysia telah, sedang dan akan dilaksanakan di dalam bidang-bidang sains dan juga undang-undang.
3. Universiti Pertanian Malaysia
“Universiti Pertanian Malaysia mengambil perhatian berat di atas pelaksanaan dasar bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Laporan tahunan dikemukakan kepada Senat dan Majlis Universiti mengenai kemajuan pelaksanaan dasar ini tiap-tiap Fakulti/Pusat. Pada penghujung sesi 1977/78, lebih kurang 80% daripada pengajaran di peringkat Diploma telah dilaksanakan dalam bahasa Malaysia. Universiti ini sedang berusaha untuk menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum tahun 1983.
Pelaksanaan dasar ini di peringkat Ijazah, walau bagaimanapun, belum dapat menyamai kemajuan yang dicapai di peringkat Diploma. Ini tidak menghairankan kerana masalah-masalah dasar memang wujud dan belum dapat diatasi. Masalah ini meliputi antara lainnya: (1) Kecekapan bahasa Malaysia di kalangan pensyarah; (2) Kecekapan bahasa Malaysia di kalangan mahasiswa; (3) Kekurangan buku teks dan bahan rujukan dalam bahasa Malaysia; dan (4) Istilah”.
Di samping perkara di atas, berikut juga dijalankan. Di Universiti Pertanian Malaysia, bahasa Malaysia diajarkan sebagai satu kursus wajib dan dijadikan syarat untuk penganugerahan ijazah dan diploma. Kursus ini meliputi aspek kefasihan dan peristilahan.
4. Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia telah menjalankan langkah-langkah penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar secara berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Malaysia di dalam mengajar sudah mencapai 100% di dalam Pusat Pengajian Kemanusiaan, Kemasyarakatan, Pendidikan, dan Perumahan dan Perancangan. Pusat-pusat Pengajian lain sudah maju dan akan menjalankan seluruh kursus di dalam bahasa Malaysia, dalam setahun dua lagi. Hanya Perubatan yang mungkin perlu bertangguh lebih lama lagi.
Di Universiti Sains Malaysia, bahasa Malaysia juga diajarkan meliputi aspek kefasihan dan peristilahan. Kursus yang ditawarkan adalah wajib untuk semua pelajar dan kelulusan bagi tiap-tiap peringkat adalah wajib untuk penganugerahan ijazah.
Di samping langkah-langkah di atas, Universiti Sains Malaysia juga menjalankan strategi berikut. Sebuah Unit Perkhidmatan Istilah dibentuk sejak 1972 lagi bagi membantu pelajar dan pensyarah dalam mencipta dan menggunakan istilah yang selaras.
Sebuah Jawatankuasa Penerbitan pula dibentuk untuk menerbitkan karya asal dan terjemahan buku-buku teks untuk pengajian tinggi. Setakat ini, jawatankuasa ini telah menerbitkan lebih daripada 100 buah tajuk. Satu strategi baru dimulakan di Universiti Sains Malaysia untuk menerbitkan edisi awal untuk teks kursus asas. Ini dilakukan untuk membanyakkan buku-buku teks dalam bahasa Malaysia bagi pengajian tinggi.
Di samping langkah-langkah ini, Universiti Sains Malaysia juga mewajibkan pensyarahnya berkursus dalam bahasa Malaysia, tidak kira yang menuturkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kandung atau tidak. Mereka dilatih menggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, istilah yang selaras, dan berkuliah dengan baik. Kelulusan pada peringkat maju menjadi syarat mutlak untuk pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.
5. Universiti Teknologi Malaysia
“Pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di universiti Teknologi Malaysia ini telah pun berjalan lebih kurang 8 tahun iaitu semenjak universiti ini dinaikkan taraf daripada Maktab Teknik menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (I.T.K.) dalam tahun 1972. kemajuan terus berkembang dari tahun ke tahun sehinggalah kepada keadaan yang ada sekarang. Memanglah diakui bahawa dalam satu proses peralihan daripada penggunaan bahasa Inggeris yang kita warisi dari zaman kolonial ke bahasa Malaysia memanglah menghadapi berbagai-bagai cabaran dan masalah. Ada masalah-masalah yang dapat diatasi dengan segera, ada pula yang memerlukan masa dan ada juga oleh kerana sesuatu sebab maka terpaksa kita kekalkan begitu sahaja. Sungguhpun pada masa ini Universiti Teknologi Malaysia ada menjalankan berbagai kursus iaitu berjumlah 11 jenis semuanya, tetapi kertas kerja ini menumpukan perbincangannya hanya kepada Kejuruteraan dan Senibina. Pecahan kedua-dua bidang ini kepada bahagian-bahagian pengkhususan adalah dalam bidang; Kejuruteraan, Awam, Elektrik, Jentera Petroleum dan Senibina Kejuruteraan.
“Suatu masalah besar yang dihadapi oleh universiti ini ialah untuk mengadakan tenaga pengajar yang terlatih, dan jumlah bilangan yang cukup serta mempunyai kebolehan mengajar bukan saja dalam bahasa Malaysia, tetapi juga dalam bahasa Inggeris. Bagi pensyarah-pensyarah Bumiputera dan juga pensyarah-pensyarah tempatan yang bukan Bumiputera serta pensyarah dari Indonesia tidaklah terlalu sukar untuk melatih mereka bagi penyampaian kuliah dalam bahasa Malaysia. Tetapi bagi pensyarah-pensyarah dari luar negeri yang sekarang ini bertugas di Universiti Teknologi Malaysia seperti yang datang dari negara Jepun, Australia, Pakistan, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah menimbulkan masalah rumit dalam perkara tersebut.
Sehingga kini Universiti Teknologi Malaysia tidak mengadakan apa-apa rancangan supaya boleh menyampaikan kuliah dalam bahasa Malaysia. Masing-masing telah mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari bahasa Malaysia. Pihak Universiti Teknologi Malaysia tidak pula mengadakan sebarang peraturan atau dasar yang memaksa mereka ini mengambil kursus bahasa Malaysia dan lulus peperiksaan tertentu untuk melayakkan diri berkhidmat di universiti ini secara sementara ataupun tetap. Hal ini telah menimbulkan suatu keadaan di mana setengah daripada mata-mata pelajaran dalam kursus-kursus bagi tahun V dan VI masih dikendalikan dalam bahasa Inggeris.
Selain daripada sebab-sebab yang dinyatakan itu iaitu mengapa universiti ini masih mengekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam beberapa mata pelajaran, ada pula sebab-sebab lain. Antaranya ialah:
i) masalah mendapatkan tenaga pengajar tempatan untuk pengajar mata-mata pelajaran tersebut. Universiti terpaksa mengambil pensyarah dari luar negeri.
ii) sukar untuk mendapatkan pensyarah dalam bidang-bidang tersebut. Kepakaran dalam bidang-bidang tersebut hanya boleh didapati dari jabatan-jabatan kerajaan atau badan-badan swasta yang masih menggunakan bahasa Inggeris. Pihak universiti ini terpaksa mengambil pakar-pakar tersebut sebagai pensyarah sambilan, dan kebanyakan mereka menyampaikan kuliah dalam bahasa Inggeris.
iii) dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam beberapa mata pelajaran itu adalah diharapkan akan dapat memahirkan lagi pelajar-pelajar universiti ini dalam menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Dengan ini dapatlah membantu mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
6. Universiti Utara Malaysia
Universiti yang terbaru ini memang menggunakan bahasa Malaysia seluruhnya sebagai bahasa pengantar. Di samping itu, pelajar mengikuti kursus Pemikiran Kritis dan Bahasa Saintifik.
7. Institut Teknologi Mara
Status bahasa di Institut Teknologi Mara sekarang dapat ditinjau dari beberapa segi, antaranya dalam bidang pentadbiran, pengajaran dan bahan bacaan.
i) Bahasa untuk Pentadbiran
Dari segi pentadbiran bahasa Malaysia telah digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pentadbiran, ini adalah menggunakan bahasa Malaysia.
Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan menggunakan bahasa Inggeris dalam hubungan dengan badan-badan antarabangsa dan badan-badan luar negeri.
ii) Bahasa untuk Pengajaran
Dari segi pengajaran terdapat dua jenis dijalankan. Pertama bahasa Malaysia sebagai bahasa satu mata pelajaran. Kedua bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Kedua jenis pengajaran ini adalah berbeza dari segi matlamatnya. Matlamat utama, bagi jenis pertama ialah untuk mempertinggikan tingkat penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar dan kakitangan. Sedangkan matlamat kedua adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak dasar bahasa Pusat-Pusat Pengajian Tinggi akan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sepenuhnya.
Kedua-dua bentuk pengajaran dan matlamat itu mempunyai kaitan rapat dalam status dasar di Institut Teknologi Mara. Dalam usaha menyampaikan bahasa Malaysia sebagai satu mata pelajaran di Institut ini adalah dikendalikan oleh Pusat Bahasa. Terdapat beberapa kursus di Institut ini yang memerlukan penekanan penguasaan kecekapan bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia juga ditekankan kepada pensyarah-pensyarah yang memerlukan penguasaan bahasa Malaysia. Dalam hal ini Institut telah pun mengorak langkah mengadakan kursus-kursus bahasa Malaysia bagi kakitangan akademik dalam peringkat permulaan, pertengahan dan kemahiran. Pensyarah-pensyarah yang berjaya dalam peringkat kemahiran akan berkemampuan dan mempunyai kemahiran bahasa untuk menjalankan kuliah dan seminar serta tutorial dalam bahasa Malaysia. Bagi kakitangan bukan akademik telah diberi kursus-kursus khas bahasa Malaysia dari semasa ke semasa sesuai dengan pembinaan dan perkembangan bahasa Malaysia.
Institut Teknologi Mara juga telah memulakan kursus-kursus bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Walaupun jangka masa 1983 masih belum sampai lagi tetapi Institut telah melangkah melaksanakan beberapa kursus yang dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Kursus Sains Kesetiausahaan melahirkan graduannya yang pertama pada tahun 1969 dan Kursus Diploma Pentadbiran Awam pada tahun 1977 yang lalu.
Memandangkan dasar bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengajar adalah merupakan dasar negara, maka mulai dari sekarang Institut ini telah mula melaksanakan dan merancangkan kursus-kursus sebagai memenuhi kehendak pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
Mulai tahun 1979 telah terdapat beberapa Kajian seperti Kajian Senibina, Perancangan dan Ukur, Kajian Sains Hisab dan Komputer, Kajian Pentadbiran dan Undang-Undang dan Kajian Seni Lukis dan Seni Reka menjalankan kursus-kursus dalam bahasa Malaysia di peringkat beberapa mata pelajaran.
Dalam usaha untuk memenuhi matlamat negara mengenai pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, demik untuk menjaga kepentingan bumiputera maka Institut ini menggariskan peralihan bahasa pengantar melalui seperti berikut:-
(a) Peralihan Secara Menyeluruh
Peralihan ini dibuat berdasarkan kemasukan pelajar melalui kelulusan S.P.M. mulai tahun 1981 dan berdasarkan kelulusan S.T.P.M. mulai tahun 1983. semua kursus dalaman yang berdasarkan kelulusan tersebut akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Maka adalah dijangka beberapa mata pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah ‘ekspatriat’ akan diteruskan dalam bahasa Inggeris. Peralihan akan dibuat sebaik saja pensyarah tempatan dan berkebolehan dalam bahasa Malaysia didapati untuk menggantikannya.
(b) Kursus yang Akan Kekal dalam Bahasa Inggeris
Bagi Kursus-kursus luaran akan terus disampaikan dalam bahasa Inggeris. Kursus-kursus luaran yang dijalankan ialah:-
Institute of Cost Management Accountants (I.C.M.A.)
Associated of Certified Accountant (U.K.) (A.C.A.)
Malaysia Association of Certified Public Accountant (M.A.C.P.A.)
Institute of Chartered Secretaries and Administrators (U.K.) (I.C.S.A.)
Institute of Marketing (I.M.)
Chartered Insurance Institute (C.I.T.)
Chartered Insurance Institute (C.I.T.)
Bachelor of Business Administration (B.B.A.)
Bagi menjayakan kursus-kursus di atas pelajar-pelajar mestilah berkemampuan yang baik dalam bahasa Inggeris. Bagi pelajar-pelajar dari aliran Melayu/Malaysia, mereka diberi latihan terlebih dahulu mengikuti kursus bahasa Inggeris secara intensif selama 6-12 bulan sebelum disalurkan mengikuti kursus-kursus tersebut. Setiap pelajar di Institut ini adalah dikehendaki mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik sesuai dengan penglibatan mereka dengan masyarakat apabila mereka berkhidmat di sektor awam dan swasta kelak.
Selain daripada pengajaran bahasa Inggeris pelajar-pelajar juga digalakkan mengikuti kursus bahasa-bahasa asing seperti bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonis, Arab, Jepun, Perancis, Jerman dan Tamil. Sesuai dengan bidang kursus mereka, untuk memberi peluang mereka berhubung dengan pelanggan-pelanggan apabila berkhidmat kelak.
3.4 Masalah-Masalah Pelaksanaan Bahasa Malaysia di Institut Pengajian Tinggi
Ada beberapa masalah besar yang dihadapi dalam melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Institusi Pengajian Tinggi. Secara kasar masalah ini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu: (1) Kefasihan Bahasa, (2) Buku Teks dan Rujukan dan (3) Peristilahan.
3.4.1 Kefasihan dalam Berbahasa Malaysia
Apabila kita berbincang mengenai kefasihan dalam bahasa Malaysia sebenarnya kita melibatkan dua pihak. Pada pihak pertama ialah golongan pelajar. Para pelajar yang memasuki institusi mengikuti kursus pengajian mereka semasa di Sekolah Rendah dan menengah dalam bahasa Malaysia. Mereka ini dapatlah di anggapkan pelajar-pelajar yang cukup mampu dalam menerima ilmu pengajian mereka dalam bahasa Malaysia. Secara umumnya kita tidaklah lagi dapat mempertikaikan peringkat kemampuan mereka menerima ilmu pengetahuan melalui bahasa Malaysia. Walaupun demikian mungkin masih ada kelompok-kelompok pelajar tertentu yang masih menghadapi masalah kerana kelemahan penguasaan bahasa.
Pada pihak yang lain pula, kita melibatkan tenaga pengajar. Golongan tenaga pengajar ini tidaklah sama tarafnya dengan para pelajar. Tidak semua tenaga pengajar mempunyai kemampuan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebagaimana para pelajar. Sebilangan ramai tenaga pengajar, seperti yang dinyatakan di dalam kertas-kertas kerja dalam seminar mengenai Status Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Malaysia di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Jun 1980, masih ramai yang belum begitu mahir. Ramai daripada tenaga pengajar itu tidak menuturkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kandung. Mereka ini adalah pihak yang dianggap menghadapi masalah dalam penyampaian kuliah-kuliah mereka kepada para pelajar dalam Bahasa Malaysia. Di samping itu ada masalah lain yang berhubung dengan golongan ini. Mereka mungkin merupakan orang-orang yang giat mempelajari bahasa Malaysia pada satu waktu dulu, dan sudah pun mencapai peringkat kemahiran minimum untuk menjalankan kuliah mereka dalam bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun sejak tarikh itu, mereka mungkin tidak dapat meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia mereka ke taraf yang lebih tinggi. Ini menyebabkan mereka masih menggunakan bahasa Malaysia yang kurang baik dan seterusnya menyebabkan penyampaian kuliah mereka kurang berkesan. Hal seperti ini memang ada buktinya walaupun tidak dapat diukur dengan nyata.
Dalam satu tinjauan yang dilakukan para pelajar di Universiti Sains Malaysia pada hujung tahun 1982 terdapat keputusan-keputusan yang harus diberi perhatian serius mengenai penyampaian kuliah di dalam bahasa Malaysia, oleh golongan tersebut. Daripada pelajar-pelajar yang menyambut usaha tinjauan tersebut terdapat satu maklumat yang mengatakan bahawa kursus-kursus Pengajian kemanusiaan secara dasarnya disampaikan dalam bahasa Malaysia, tetapi masih terdapat kira-kira 25% rasa tidak puas hati. Ini adalah disebabkan kerana mereka gagal memahami kuliah-kuliah golongan pensyarah tersebut. Memang banyak faktor yang boleh dipertikaikan seperti kesahihan tinjauan tersebut atau perkara-perkara praktis yang lain. Apa yang jelas ialah ada kuliah yang tidak difahami sepenuhnya oleh para pelajar kerana pemakaian bahasa yang masih kurang sempurna.
Apabila para pelajar gagal menerima kuliah mereka di dalam bahasa Malaysia ini bukanlah semestinya bermakna bahawa bahasa pensyarah itu tidak baik ataupun kemahiran pelajar tidak sempurna. Satu perkara yang harus juga kita terima, ialah bahasa pelajaran yang disampaikan pada peringkat universiti ini ialah satu pengajian tinggi yang dengan sendirinya merupakan suatu perkara yang sukar difahami dari segi kandungan ilmu tersebut. Jadi kegagalan kefahaman belum sebenarnya bersabit dari bahasa, mungkin kerana ilmunya sukar diserap walau dalam bahasa apa sekalipun.
3.4.2 Penerbitan Buku-Buku Teks dan Rujukan
Salah satu daripada perkara yang dibincangkan dalam bahagian ke-4 di atas adalah usaha-usaha Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memperbanyakkan buku-buku teks dan rujukan. Ini adalah satu masalah besar yang sememangnya tidak akan dapat diselesaikan dalam jangka waktu pendek. Secara umum, sekiranya digabungkan kelima-lima buah universiti dan dimasukkan Institut Teknologi Mara ke dalam pertimbangan kita, sekaligus kita dapat melihat ada lebih kurang 5 atau 6,000 tajuk kursus yang diajarkan. Dalam sebegitu banyak jumlah kursus yang diajarkan ini ternyata bahasa bilangan buku-buku teks yang berjumlah 300 buah yang dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setakat ini, tidak mencukupi. Langkah-langkah seterusnya untuk memperbanyakkan buku-buku teks tersebut juga ternyata tidak akan dapat mengatasi maslah ini dalam jangka waktu yang kita harapkan. Ada beberapa maslah besar yang menghalang usaha ini dari mencapai kejayaan. Masalah-masalah ini merangkumi masalah seperti kemahiran bahasa Malaysia, pengetahuan pakar dalam bidang-bidang tertentu dan juga faktor-faktor ekonomi. Masalah ini akan bertambah rumit lagi apabila kita memandang kepada hakikat bahawa penulisan buku teks saja masih menghadapi masalah besar, maka kita tidaklah dapat mengharapkan penulisan buku-buku rujukan dengan lancar. Di antara masalah-masalah yang menghalang penghasilan buku-buku teks ini dapatlah dikatakan bahawa kefasihan atau kemahiran di dalam bahasa Malaysia tersebut masih merupakan faktor yang besar. Kita selalu menganggap bahawa semua pensyarah yang boleh bertutur di dalam bahasa Malaysia akan dapat menulis buku teks yang diperlukan tersebut. Walaupun ini ada benarnya tetapi pada hakikatnya tidak berlaku. Bukan semua pensyarah, walaupun yang menuturkan bahasa Malaysia dengan baik, dapat menulis dengan baik. Buku-buku teks tersebut hendaklah dikarang dan kemahiran mengarang sebuah buku itu bukanlah merupakan satu perkara yang ada pada semua pensyarah. Oleh yang demikian tujuan menghasil karya-karya tersebut masih menghadapi masalah yang rumit. Kita juga sering menganggap bahawa orang yang mahir di dalam bahasa Malaysia tersebut akan dapat menulis buku-buku yang diperlukan. Apa yang lebih penting di sini ialah bukan saja orang yang mempunyai bakat untuk menulis buku-buku teks tetapi ia juga mesti mempunyai pengetahuan pakar dalam bidang yang hendak dikarang tersebut. Kurangnya ahli-ahli yang pakar dalam sesuatu bidang pengajian itu akan mengurangkan lagi kemungkinan-kemungkinan menghasilkan penulisan karya asal untuk bidang tersebut.
Di dalam bidang peristilahan banyak masalah yang dihadapi. Istilah-istilah yang diperlukan harus dicipta, kerana seseorang yang ingin mengarang sebuah buku di dalam bahasa Malaysia tersebut, sering memerlukan istilah-istilah khusus. Bagi sesuatu bidang ilmu yang baru, maka pengarangnya akan menghadapi masalah yang besar dalam mencari istilah-istilah yang diperlukannya. Selalunya oleh sebab bidang kursus tersebut terlalu khusus, maka dia terpaksalah mengendalikan bersendirian. Memang menjadi sifat kursus-kursus pengajian tinggi ini hanya mempunyai satu atau dua pakar sahaja dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, ada satu bidang di dalam Pusat Pengajian Farmasi di Universiti Sains Malaysia, yang pensyarahnya mengalami kesukaran untuk mengarang buku teks tersebut. Di seluruh negara ini hanya ada seorang saja lagi ahli dalam bidang tersebut, di luar universiti ini. Masalah yang dihadapi oleh pensyarah tersebut, oleh kerana tidak mempunyai rakan untuk berbincang, adalah merupakan satu masalah yang besar. Ini menyusahkan lagi proses penerbitan buku-buku tersebut.
Dari segi ekonomi, penghasilan buku-buku teks dan rujukan pada peringkat pengajian tinggi itu bukan sahaja merupakan satu langkah yang kurang praktis dari segi pengendaliannya, tetapi juga dari segi kewangannya. Oleh sebab pelajar-pelajar di Pusat Pengajian Tinggi perlu mengkhusus dan selalunya bilangan pelajar di dalam sesuatu bidang tersebut menjadi kecil. Keadaan ini menyebabkan sebarang penghasilan buku-buku yang ditujukan kepada mereka akan terpaksa dihasilkan dengan kos yang begitu tinggi tidak menjamin sebarang keuntungan. Malahan ada di antara buku-buku yang pernah dikeluarkan di Universiti Sains Malaysia hanya dapat dijual 8 naskhah satu tahun. Ini adalah satu keadaan yang sangat-sangat menyedihkan di dalam usaha penerbitan buku. Malah penerbit-penerbit swasta tidak langsung akan memperdulikan penerbitan buku-buku yang tidak memberi keuntungan langsung.
3.4.3 Peristilahan
Usaha peristilahan ini dijalankah serentak di institusi-institusi pengajian tinggi dan juga di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya mampu mengendalikan urussetia berkenaan istilah tersebut dan juga menjadi tempat perujuk bagi segala masalah peristilahan. Setiap universiti yang mempunyai bidang pengajian masing-masing, perlulah mencipta istilah-istilah yang di perlukan, lebih-lebih lagi bagi bidang-bidang yang khusus diajarkan hanya di universiti tersebut. Dalam menjalankan usaha-usaha peristilahan ini, segala langkah mencipta istilah selalunya menghadapi masalah dari segi kepakaran bahasa dan juga kepakaran bidang. Sekiranya ada orang yang mampu dari segi bahasa Malaysia, selalunya dia tidaklah pula dapat menguasai semua bidang pengajian. Sekiranya ada juga pakar-pakar bidang yang tertentu, selalunya mereka pula tidak mempunyai kepakaran di dalam bahasa Malaysia. Keadaan seperti ini menyusahkan usaha penciptaan istilah. Sebaik-baiknya, kedua-dua kemahiran ini, bahasa dan kepakaran bidang hendaklah ada pada seseorang tenaga pengajar untuk membolehkannya mencipta istilah dengan berkesan.
Bilangan istilah yang selalunya perlu dicipta adalah begitu banyak menyebabkan seseorang pensyarah tersebut mengalami masalah. Walaupun akhir-akhir ini usaha-usaha menggunakan komputer untuk tujuan ini telah mula dilakukan dengan hasil yang agak menggalakkan.
Salah satu daripada masalah yang selalu menyusahkan di bidang berkenaan dan penggunaan istilah ialah adanya pertindihan antara satu bidang dengan yang lain. Sesuatu istilah yang dikongsi oleh dua atau tiga bidang yang berlainan, kerapkali pula mencipta istilah yang berlainan, walaupun sumbernya sama. Ini menambah lagi kekeliruan di dalam penggunaan peristilahan tersebut.
Istilah-istilah yang dicipta tersebut amatlah bergantung kepada para pengguna bahasa Malaysia hari ini, sebagai mendukung konsep dan ungkapan-ungkapan ilmiah. Pendek kata penerimaan daripada pengguna-pengguna bahasa tersebut amatlah diperlukan. Dalam keadaan sekarang, sudah terdapat perbalahan pendapat di antar bijak pandai sendiri di dalam memilih istilah yang diperlukan. Ini juga menjadi penghalang yang besar dalam pelaksanaan bahasa Malaysia yang baku. Para pengguna bahasa hendaklah bersetuju menerima bahasa tersebut untuk membolehkannya melaksanakan dengan berkesan.
3.4.4 Terjemahan
Proses penterjemahan ini sentiasa berlaku dalam pengajaran sehari-hari di institusi pengajian tinggi. Walaupun ada di antara kita yang terlatih dalam universiti yang menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar, tetapi ramai di antara kita telah dilatih di luar negeri, yang menuturkan bahasa Inggeris atau bahasa lain. Apa yang berlaku di sini ialah kita memerlukan orang yang cukup mahir bukan sahaja dalam bahasa asing, tetapi lebih penting lagi dalam bahasa Malaysia. Penguasaan yang baik dalam bahasa Malaysia itu akan memberinya kemampuan mengungkapkan semula ilmunya dalam bahasa tersebut dengan baik, dan tepat. Penguasaan bahasa Malaysia yang kurang sempurna akan mengakibatkan ada pengungkapan yang tidak kemas dan teratur. Bahasa yang tidak tepat, tidak kemas dan tidak teratur itu eloklah jangan diajukan.
3.5 Kesimpulan
Malaysia telah membiarkan jangka waktu selama lebih sepuluh tahun sebelum membuat pernyataan yang tegas dalam membentuk dasar bahasanya dalam sistem pelajaran negara. Penyata Razak 1957 dan Penyata Rahman Talib 1961, yang bersifat liberal terhadap bahasa pengantar “dengan tidak melihat apa salahnya dalam membiarkan keadaan yang wujud pada waktu itu diteruskan”, menjadi lebih tegas lagi dalam Rancangan Malaysia Keempat, meneruskan untuk menjayakan pelaksanaan “Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam tahun lapan puluhan”. Jangka waktu lima belas tahun itu membolehkan pemimpin melihat kemampuannya yang sebenar dan memperakukan dasar yang diputuskan lebih wajar.
Pelaksanaan bahasa Malaysia secara beransur-ansur dari 1971, itu juga telah membolehkan kita melihat segala maslah yang timbul dan mengatasinya dengan lebih sistematis. Tentu sekali kita akan menghadapi masalah yang lebih besar sekiranya pelaksanaan tersebut dilakukan dengan mendedak. Mengatur langkah-langkah pelaksanaan ini secara beransur-ansur telah memberi kita peluang untuk bertindak mengatasi segala masalah yang timbul di sepanjang proses tersebut. Buku teks, istilah dan kefasihan tenaga pengajar hanya dapat dicapai melalui jangka waktu yang berpatutan.
Walaupun pengajaran telah dilaksanakan dalam bahasa Malaysia, ini bukan bermakna segala-segalanya telah berhasil dan berjaya. Kita dapati buku teks dan rujukan, istilah dan kewangan masih merupakan masalah yang perlu diatasi.
Dalam maslah buku teks dan rujukan ini kita harus memahami bahawa masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dengan serta merta. Malah, kita harus menyedari bahawa masalah ini harus tidak akan dapat diselesaikan langsung. Kalaupun dapat masalah ini diatasi, mungkin kita harus memikirkan betul-betul apakah dasar demikian itu baik? Jawapannya, mungkin tidak, sebab kalau kita hanya mengetahui bahasa kebangsaan kita, maka kita akan terasing dari dunia luar. Kita juga akan terhalang dari mendapat ilmu pengetahuan dari buku-buku dan jurnal dalam bahasa lain. Pendeknya kita perlulah melengkapkan diri kita dengan bahasa lain di samping bahasa kebangsaan kita.
Apa yang nyata sekarang ialah, kita telah berjaya melaksanakan dasar bahasa kebangsaan kita dengan berkesan. Walau bagaimanapun tugas ini belum selesai. Masih ada tugas-tugas lain yang perlu kita selesaikan untuk menambah kejayaan kita. Sekarang, kita tidaklah lagi terpaksa memaksa anak-anak kita mempelajari bahasa asing untuk bersekolah.
BAHAN RUJUKAN
Abdullah Hassan, Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Nasional dalam Masyarakat
Malaysia Baru, dalam Dewan Bahasa, Oktober 1976 hlm. 545-565.
Abdullah Hassan, Unsur Gramatikal Asing, tak bercetak, 1985.
Abdullah Hassan, Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti, 1986.
Abdullah Hassan, Isu dan Masalah Standardisasi Bahasa Malaysia, dalam Dewan
Bahasa, Mei 1983, hlm. 323-339.
Ahmad Mohamed Ibrahim & Ahilemah Joned, Sistem Undang-Undang di Malaysia,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
Ainon Muhammad, Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
dan Bahasa Kebangsaan, Seminar Bahasa Malaysia, di Universiti Malaya, 1953.
Alisjahbana, S.T., The Failure of Modern Linguistics in the Face of Linguistic
Problems of the Twentieth Century, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1965.
Alisjahbana, S.T., Some Planning Prosesses in the Development of the Indonesia-
Malay Language, in Rubin, e tal. Can Language be Planned?, Honolulu: University of Hawaii Press, hlm. 179-188, 1970.
Alisjahbana, S.T., Indonesia and Malaysia dalam Sebeok, T., Current Trends in
Linguistics, Vol 8, The Hague: Mouton, h. 1087-1109, 1971.
Amat Johari Moain, Pembentukan Kata dan Istilah, dalam Dewan Bahasa, 1 Januari
1985, 18-34.
Asmah Hj. Omar, Standard Language and the Standardization of Malaya, dalam
Antropological Linguistics, Vol. 13, h. 73-90, 1971.
Asmah Hj. Omar, The Malaysian Mosaic of Language dalam Essays on Malaysian
Linguistics, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967.
Asmah Hj. Omar, Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada
Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978.
Asmah Hj. Omar, Language Planning for Unity and Efficiency, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 1979.
Asmah Hj. Omar, Perancangan Bahasa dan Pembinaan Bahasa, Dewan Bahasa, Jun
1981, 5-18.
Beg, M.A.J., Arabic Loan-words in Malay; A Comparative Study (Edisi Kedua),
Kuala Lumpur: pengarang sendiri, 1979.
Carey, Y.I., Tegleq Kui Serok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969.
Chuah Chong Cheng, Garis-Garis Panduan untuk Standardisasi Istilah Biology,
kertas kerja (tak bercetak) USM, 1977.
Chuah Chong Cheng, Ke Arah Satu Percubaan Berkuliah dalam Bahasa Malaysia
dengna Lebih Berkesan, oleh Ahli Biologis di Institusi Pengajian Tinggi, kertas kerja (tak bercetak) USM, 1977.
Cobarrubias, J., (Ed.), Progress in Language Planning, Berlin: Walter de
Gruyter&Co., 1983.
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1981.
Daftar Istilah MBIM, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.
Daftar Kata-Kata Pinjaman Umum dalam Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978.
Hashim Yeop A. Sani, Bagaiman Undang-Undang Kita Diperbuat, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.
Dewan Bahasa dan Pustaka Sa-Puloh Tahun, Kua Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1967.
Eastman, C.M., Language Planning – An Introduction, San Francisco: Chandler&
Sharp Publishers, Inc., 1983.
Farid Mohd. Onn, Aspects of Malay Phonology and Morphology, A Generative
Approach, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1976.
Fauziah bt. Ismail, Bahasa Kebangsaan dan Istilahnya, Latihan Ilmiah, Universiti
Malaya, Jabatan Pengajian Melayu, 1965.
Ferguson, C.A., Language Development, dalam Fishman, et al. Language Problems of
Developing Nations, New York: John Wiley and Sons, 1968.
Fishman, J.A., Nationality-Nationism and Nation-Nationism, dalam Fishman e al.,
Language Problems of Developing Nations, John Wiley and Sons, 1968.
Fishman, J.A., Language Modernization and Planning in Comparison with other
types of National Modernization and Planning, dalam Language in Society, 2: 23-43, 1973.
Ghazali bin Othman, Perkembangan Perbendaraan Kata Bahasa Melayu dalam
Konteks Perkembangan Kebudayaan Pengguna-Pengguna Bahasa Melayu, Tesis – M.A. Universiti Malaya, Jabatan Pengajian Melayu, 1973.
Gonda, J., Sanskrit in Indonesia, Edisi Awal Kedua, New Delhi: International
Academy of Indian Culture, 1973.
Hall Jr.R.A., American Linguistics dalam Archivum Lingustivum IV (fasa I), 1-16,
1951.
Harimurti Kridalaksana, Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa, Ende: Penerbit Nusa
Indah, Cetakan 2, 1978.
Hassan bin Ahmad, Dasar Pembentukan Istilah Sains dalam Bahasa Malaysia,
Dewan Bahasa, (Jun 1981) 19-30.
Hassan bin Ahmad, Istilah Bahasa Malaysia Kerap Berubah, Dewan Bahasa, (83:48).
Haugen, E., Planning for a Standard Langugae in Modern Norway dalam
Antropological Linguistics I(3):8-21, 1959.
Haugen, E., Construction and Reconstruction in Language Planning: Ivar Aasen’s
Grammar, dalam Word, 21(2): 188-207, 1965.
Haugen, E., Dialect, Language, Nation, dalam American Antropologist, 68(4): 922-
935, 1966.
Haugen, E., Linguistic and Language Planning, dalam Bright, W. (ed.),
Sosiolinguistics: Proceedings of the UCLA Sociolinguistics Conference, The Hague: Morton, 159-190, 1966.
Haugen, E., Language Planning, Theory and Practice, dalam Graur, A. (ed.), Actes
due Xe Congres International des Linguistics Bucarest, Bucharest: Editions de L’Academie de la Republique Socialiste de Roumanie, 701-711, 1969.
Ismail Hussein Malay Dialectsin the Malay Penisula, kertas kerja ICO, Canberra
1969.
Karam, F.X., Toward A Definition of Language Planning, dalam J.A. Fishman,
Advance in Language Planning, The Hauge: Mouton, 1974.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Penggunaan Istilah Sains di Peringkat Sekolah,
Seminar Penggunaan Istilah Sains, Kuala Lumpur, Disember 14-15, 1983.
Khoo Lian Ee & Sam Teng Wah, Masalah-Masalah yang Ditemui Semasa
Menterjemahkan Sebuah Buku Teks Kimia Organik, kertas kerja (tak bercetak) USM, 1977.
Kloss, H., Research Possibilities on Group Bilingualism: A Report, Quebec,
International Center for Bilingualism, 1969.
Laporan Jawatankuasa Mengkaji Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1981.
Le Page, R.B., The National Language Question: Linguistic Problems of Newly
Independent States, London Oxford University Press, 1964.
Lim Chin Lam, Aspek-Aspek Penggunaan Bahasa Malaysia dalam Sains dan
Teknologi, kertas kerja (tak bercetak) USM 1977.
Malkiel, Y., Lexicography dalam Reed, C.E., The Learning of Language, Appleton
Century Crofts, 1971, m.s. 363-387.
Mas’od Abd. Rashid, Beberapa Kesulitan dalam Mencari Istilah Sains, dalam Dewan
Bahasa, (Februari 1959) 59-71.
Neustuphy, J.V., Basic Types of Treatment of Language of Language Problem, dalam
J.A. Fishman, Advances in Language Planning, The Hague: Mouton, 1974.
Noss, R., Language Policy and Higher Education, Vol. III, Part 2 of Higher
Education and Development in Southeast Asia, Paris: UNESCO and International Association of Universities, 1967.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Kuala Lumper: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1975.
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1975.
Quirk, R. & Greenbaum, S., A University Grammar of English, London: Longman,
1973.
Rabin, C., Spelling Reform – Israel 1968 dalam Rubin & Jernudd, Can Language be
planned? 95-121, Honolulu: University Press of Hawaii, 1971.
Raja Mukhtaruddin b. Raja Mohd. Dain, Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan
Bahasa di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
Ray, P.S., Language Standardization Fishman, et al. dalam Reading in the Sociology
of Language, The Hague: Mouton, 1966.
Rubin, J., Evaluation and Language be Planned?, Honolulu: University Press of
Hawaii, 1971.
Rules of The High Court 1980, (P.U [A]50/80), Kuala Lumpur: Malaysian Law
Publishers, 1982.
Salleh Johari, Pembentukan Istilah dalam Perkembangan Bahasa, Latihan Ilmiah,
PPIK., USM, (tidak bercetak, 1985).
Sasterawan 50, Memoranda Angkatan Sasterawan 50, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1962.
No comments:
Post a Comment