Seminar Bahasa Malaysia, anjuran IPP, Perajaan Negeri Perak, Tapah, 7-9 Disember 1981
BAHASA MALAYSIA DAN NORMA BAKU 
2.1 Pendahuluan
kesedaran  berbahasa Malaysia di dalam masyarakat hari ini, adalah satu tema yang cocok dengan keadaan hari ini, sebab Malaysia sedang mempergiatkan pelaksanaan bahasa Malaysia di dalam semua bidang pentadbiran, pendidikan dan kehidupan di Malaysia. Oleh yang demikian, bab ini akan membincangkan penggunaan bahasa Malaysia dan ketidakseragamannya dengan norma baku. Tajuk ini sesuai untuk diperkatakan waktu ini sebab ada banyak permasalahan di dalam penggunaan bahasa Malaysia. Oleh kerana itu timbullah batasan yang kabur di antara apa yang dianggap betul dan yang salah. Kerap kali pengguna bahasa Malaysia sudah tidak dapat menentukan pemakaian yang salah daripada yang betul. Pada bulan  Mei tahun 1979, Universiti Sains Malaysia mengadakan sebuah bengkel yang bertajuk “Pencemaran Bahasa Malaysia”. Hasilnya menyebabkan Kementerian Pendidikan menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia. Laporan jawatan kuasa ini telah disampaikan kepada Y.B. Menteri Pendidikan pada bulan Februari 1981 ini. Ada banyak perkara yang dibangkitkan oleh jawatankuasa itu berhubung dengan penggunaan bahasa Malaysia yang salah (atau tidak baku). Sebahagian daripada bab ini akan memaparkan aspek-aspek tersebut.
            Sebelum ditinjau aspek penggunaan bahasa Malaysia baku ini dengan lebih jauh perlu juga dibuat beberapa batasan untuk membolehkan suatu perbincangan dijalankan berdasarkan tanggapan yang dapat dilihat dengan lebih jelas. Apabila kita memperkatakan penggunaan bahasa Malaysia baku, kita harus sedar betapa luasnya tajuk ini. Kita akan memikirkan beberapa kesalahan di dalam menggunakan bahasa Malaysia dalam tiga aspek: sebutan (dan ejaan), tatabahasa (imbuhan, frasa dan ayat), dan kosa kata (dan istilah). Jadi kesalahan-kesalahan seperti inilah yang akan kita bincangkan, secara lebih mendalam berbanding dengan bab 1 di atas.
            Ada dua bentuk penggunaan bahasa yang dapat kita perkatakan dalam membincangkan tajuk ini, iaitu: bentuk pertuturan dan bentuk tulisan. Dengan menggunakan dua bentuk penggunaan bahasa ini, maka pada peringkat ini ada baiknya sekiranya suatu definisi dibuat. Dengan itu dapatlah diketahui tempat kesalahan dan kekurangan tersebut berlaku. Kita akan tinjau perkara tersebut dalam penggunaan bahasa Malaysia sekarang.
2.2   Bentuk Pertuturan
Kemahiran di dalam bentuk pertuturan tidaklah begitu mudah diperhatikan untuk dianalisis. Pertuturan itu adalah suatu kewujudan yang sementara. Apa yang dimaksudkan ialah, bahawa sebarang pertuturan yang dihasilkan itu akan lenyap selepas saja ia dituturkan. Ia tidak dapat diperdengarkan kembali sebagai satu bahan untuk dikaji, melainkan sekiranya pertuturan itu dirakamkan. Ada banyak kesalahan yang berlaku di dalam pertuturan, tetapi kesalahan tersebut tidak dapat dikesan dengan mudah oleh kerana sifat bahasa pertuturan yang sempurna ini. Di dalam membincangkan bentuk bahasa pertuturan ini, dapat pula kita tinjau beberapa bidang penggunaan bahasa Malaysia itu. Banyak butir perbincangan ini dikutip dari kajian Raja Muktharudin (1975).
(a)   Pertuturan rasmi dan tak rasmi
(b)   Perbincangan dalam mesyuarat
(c)   Arahan dan keterangan
(d)   Pertuturan melalui telefon
(e)   Hubungan sosial
2.2.1  Pertuturan Rasmi dan Tidak Rasmi
            Dalam pertuturan ini, saya maksudkan satu keadaan dua orang (atau lebih) pegawai atau individu, memperkatakan sesuatu dia dalam wacana tertentu, iaitu mempersoalkan sesuatu hal yang rasmi, seperti sesuatu lawatan, pekerjaan, perbincangan tugas sehari-hari, dan lain-lain. Di dalam keadaan demikian, dengan mudah kita dapat menduga apakah corak bahasa pertuturan yang digunakan. Biasanya, akan didapati bahawa bahasa Malaysia yang digunakan itu, jarang sekali berbentuk bahasa Malaysia yang baku. Kerap kali pertuturan itu dijalankan di dalam bahasa basahan. Lebih serius lagi, sekiranya bahasa yang digunakan itu berbentuk campuran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, atau sepenuhnya bahasa Inggeris. Kecenderungan seperti ini tidaklah khusus kepada mana-mana kaum. Ini adalah satu aliran umum di kalangan pegawai, eksekutif dan individu, baik di dalam sektor awam atau swasta.
            Saya tidak dapat mempertahankan kenyataan ini dengan data atau bukti nyata, tetapi hal ini terlalu umum dan dapat diperhatikan sehari-hari. Pada hemat saya tidaklah untuk membolehkan seseorang memperkatakan perkara tersebut. Suatu ciri umum yang memenuhi bahasa pertuturan ini ialah penggunaan sistem ganti nama I dan you yang berleluasan. Selain daripada itu kita akan dapat kes percampuran dan pertukaran kod yang terjadi secara berleluasa.
2.2.2  Bahasa Malaysia dalam Mesyuarat
            Dalam mesyuarat rasmi, perkara yang sama juga berlaku. Bahasa Malaysia itu dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris. Bahkan apa yang lebih menarik lagi ialah, ada ketika terbentuk, apabila didapati Pengerusi di dalam sesuatu mesyuarat itu akan berhenti berbincang dalam bahasa campuran tersebut dan kemudian dengan suara yang bersungguh-sungguh berkata, “Now I am serious!”. Selepas itu, dia terus berbincang dalam bahasa Inggeris. Kejadian sebagai ini jelas menunjukkan yang tiap-tiap satu perkara serius tidaklah dapat diungkapkan dalam bahasa Malaysia. Ada dua soalan yang timbul. Adakah benar tanggapan bahawa bahasa Malaysia itu tidak mampu mengungkapkan sesuatu yang serius? Mungkinkah sebenarnya individu tersebut yang tidak mampu berbahasa Malaysia sepenuhnya?
2.2.3   Arahan dan Keterangan 
             Dalam satu keadaan lain, apabila arahan atau keterangan perlu dibuat, maka terdapat juga keanehannya. Sekiranya arahan tersebut berlaku di antara pegawai dan pegawai, kerap kali bahasa yang dipergunakan itu ialah bahasa Inggeris. Sekiranya pegawai dengan pegawai rendah atau kakitangan perkeranian, maka lebih biasa kita mendengar bahasa Malaysia saja digunakan atau bahasa Inggeris saja, atau kedua-duanya sekali. Tetapi kemungkinan bahasa Malaysia digunakan adalah lebih tinggi. Apa yang jelas ialah penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya masih belum berlaku.
2.2.4   Pertuturan Melalui Telefon
            Keadaan yang sama juga berlaku di antara pegawai atau individu dalam percakapan melalui telefon. Ada suatu kecenderungan yang kuat untuk menggunakan bahasa Inggeris. Hubungan melalui telefon yang menggunakan bahasa Malaysia masih terasa kekok. Kalau adapun, tidaklah sepenuhnya, iaitu bahasa Malaysia yang dipergunakan itu berbentuk bahasa basahan seperti yang telah disebut di atas.
2.2.5    Hubungan Sosial
Kecenderungan untuk menggunakan bahasa Inggeris mungkin kuat sekali berlaku di dalam hubungan sosial seperti di dalam majlis makan malam, jamuan teh, majlis keraian dan lain-lain. Dalam keadaan begini tidak ada langsung tekanan supaya bahasa Malaysia itu dipergunakan. Dengan demikian, bahasa Malaysia selalu tidak memainkan peranan yang penting di dalam hubungan sosial. Kejadian ini tidaklah khusus pada bukan penutur bahasa Malaysia saja, bahkan setiap kaum di Malaysia ini melakukan hal yang sama. Peranan bahasa Malaysia di dalam hubungan sosial masih menghadapi saingan daripada bahasa Inggeris.
2.2.6  Ulasan Umum
            Apabila melihat perkara ini secara keseluruhan, tidaklah dapat dinafikan bahawa di dalam hubungan melalui bahasa Malaysia melalui bentuk pertuturan, maka sesuatu keadaan yang menggunakan bahasa Malaysia secara keseluruhan masih belum berlaku. Kerap kali bahasa Inggeris digunakan bersama di dalam perbualan yang sama. Keadaan seperti ini, boleh dianalisis, dan ada dua perkara yang dapat kita katakan berlaku. Pertama, kita boleh menganggap kejadian ini sebagai satu fenomena gantian kod (code switching). Penggantian kod ini ialah suatu kejadian apabila seseorang penutur dwibahasa menggunakan dua kod (unsur bahasa) atau dialek yang berlainan untuk bertutur. Ini berlaku misalnya apabila seseorang menggunakan sesuatu kod tertentu di dalam suatu konteks dan menggantikannya dengan satu kod lain di dalam konteks dan menggantikannya dengan satu kod lain di dalam konteks yang lain. Katakanlah seorang penduduk di Pulau Pinang yang menggunakan bahasa Hokkien di dalam urusan berjual beli dengan jurujual Cina, kemudian dia menggunakan bahasa Inggeris semasa berbual dengan sahabatnya mengenai keadaan pasaran saham, dan menggunakan bahasa Malaysia pula semasa di pejabat. Ini bermakna dia telah menggantikan kodnya tiga kali. Ini adalah suatu kejadian penggantian kod yang mudah kita fahami. Kita juga dapat perhatikan Y.A.B. Perdana Menteri menggunakan bahasa Malaysia di dalam ucapannya kepada rakyat dan menggunakan bahasa Inggeris semasa berucap kepada delegasi asing atau sebarang upacara antarabangsa. Selalunya selepas memberi kata-kata hormat dan puji-pujian dalam bahasa Malaysia, dia berucap pula dalam bahasa Inggeris supaya dapat difahami oleh delegasi asing tersebut. Ini juga suatu kejadian penggantian kod. Suatu ciri penting yang mesti difahami oleh delegasi asing tersebut. Ini juga suatu kejadian penggantian kod. Suatu ciri penting yang mesti difahami di dalam kejadian seperti ini ialah, penggunaan kod tertentu adalah berdasarkan kepada keperluan tertentu. Pendek kata penutur itu masih berupaya mengungkapkan apa yang dikatakannya itu di dalam bahasa kandungannya, jika perlu. Dengan kata lain, dia fasih di dalam kedua-dua bahasa. Dalam suatu kejadian lain pula, kerap terdapat berlaku di kalangan penutur bahasa Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris, apabila bertutur dalam bahasa Malaysia. Apa yang berlaku tidaklah mudah dapat kita golongkan sebagai suatu kejadian penggantian kod. Di dalam hal ini, apa yang terjadi selalunya tidaklah digambarkan dengan ciri yang sama dengan kejadian gantian kod. Apabila seseorang individu itu terpaksa beralih menggunakan ungkapan bahasa Inggeris semasa bertutur di dalam bahasa Malaysia, jelas terlihat suatu ciri lain. Penutur itu mendapati sukar untuk mengungkapkan perkara yang sama di dalam bahasa Malaysia lantas dia beralih kepada bahasa Inggeris. Ini menggambarkan ketidakupayaan di dalam menggunakan bahasa Malaysia itu sepenuhnya. Ini bukan kejadian gantian kod sebenar. Ini ialah kelemahan keupayaan penutur di dalam mengungkapkan sesuatu dia dalam bahasa Inggeris. Apa yang boleh difahami dari keadaan seperti ini ialah kenyataan bahawa penutur itu tidak mampu menggunakan bahasa Malaysia secara keseluruhannya. Ada perkara dalam usaha penyampaiannya yang tidak mampu diungkapkannya dalam bahasa Malaysia, maka dia menggunakan bahasa Inggeris. Kejadian seperti ini lebih tepat ditakrifkan sebagai suatu kelemahan dalam penguasaan dan kemampuan bahasa si penutur. Dengan kata lain kecekapannya dalam bahasa Malaysia tidak lengkap.
            Kejadian ini dapat dikatakan menjadi kelaziman ramai penutur bahasa Malaysia. Ramai yang suka menggantikan kod untuk keperluan tertentu, dan ramai pula yang terpaksa menggunakan kedua-dua kod dalam pertuturannya. Di dalam mana-mana hal sekalipun, apa yang dapat kita simpulkan ialah penggunaan bahasa Malaysia secara keseluruhan itu, masih belum boleh dikatakan wujud dengan sempurnanya di kalangan ramai penutur. Ini disebabkan kemampuan berbahasa Malaysia secara keseluruhan itu masih merupakan suatu perkara yang belum begitu meluas di kalangan rakyat. Penguasaan bahasa Malaysia rasmi di kalangan rakyat Malaysia, tidak kira golongan apa sekalipun, masih tidak lengkap. Implikasi keadaan ini mungkin buruk sebab ia akan menimbulkan suatu keadaan penggunaan bahasa kacukan.
2.3  Penggunaan Bahasa Malaysia dalam Bentuk Tulisan
Secara umumnya, penggunaan bahasa Malaysia dalam bentuk tulisan lebih mudah dilakukan. Justeru itu sebarang kesalahan dapat dilihat dengan mudah. Walaupun perkara ini demikian rupa, tetapi tidaklah semudah itu kita dapat melihat sebarang kesalahan tersebut. Walaupun begitu, kesalahan tersebut ada kalau diperhatikan dengan lebih teliti. Di merata-rata tempat kita akan melihat kesalahan dalam penggunaan bahasa, dan dapat dilihat dengan jelas di papan-papan tanda, iklan, suratkhabar, majalah, buku teks dan surat atau dokumen rasmi atau tak rasmi. Kejadian ini begitu berleluasa sehingga ketara benar kepincangannya. Dalam pada itu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan jauh lebih luas tersebar berbanding dengan bentuk pertuturan. Ini disebabkan bahasa tulisan itu lebih mudah disebarkan melalui ruang dan waktu. Oleh itu ia mungkin lebih mudah dikuatkuasakan dan dapat dikawal.
2.4  Sebab Penggunaan Bahasa Malaysia Tidak Menyeluruh
Dalam memperkatakan hal ini kita haruslah melihat apa yang menjadi persoalan pokok yang menyebabkan timbulnya keadaan seperti ini. Hal utama menyebabkan berlakunya keadaan ini ialah kemahiran yang tidak seimbang dalam kedua-dua bahasa tersebut iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Kemahiran bahasa Malaysia penutur tersebut lemah dalam bidang tertentu dan ini digantikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Dengan kata lain kemahirannya dalam bahasa Malaysia hanya meliputi bidang tertentu dan tidak menyeluruh.
            Penggunaan bahasa Malaysia dalam bentuk tulisan tidaklah menampakkan kesalahan seperti yang terdapat di dalam bentuk pertuturan. Apa yang lebih ketara menjadi kesalahan di dalam bahasa tulisan ialah penggunaan bahasa Malaysia yang salah dari beberapa segi. Ada di antara kesalahan ini yang hanya dapat dilihat di dalam bentuk tulisan saja, iaitu ejaan. Ada juga kesalahan lain seperti tatabahasa, penggunaan kata dan lain-lain yang juga terdapat di dalam bentuk pertuturan, tetapi agak sukar dikesan oleh orang tidak betul berhati-hati. Kesalahan-kesalahan ini, di dalam bahasa pertuturan atau tulisan harus diperhatikan sebagai suatu perkara yang mesti diambil berat. Kita bukan saja perlu merasa sedar dan menggunakan bahasa Malaysia, tetapi juga hendaklah menggunakan bahasa Malaysia yang betul dan baku, dan menggunakan dengan berdisiplin.
2.5  Bahasa Malaysia Baku
Apabila kita memperkatakan sama ada sesuatu aspek penggunaan bahasa Malaysia itu betul atau salah, kita sebenarnya menggunakan suatu ukuran tertentu. Nilai yang kita gunakan sebagai ukuran ini ialah apa yang kita anggap dapat diterima atau diakui, atau dengan kata lain suatu norma baku. Oleh yang demikian, perlulah kita mencuba untuk memahami apa yang kita anggap baku itu. Pengertian baku ini tidak selalu dimengerti dengan sebenarnya. Ramai orang yang menganggap baku itu sebagai satu bentuk bahasa yang serupa bagi semua penutur bahasa Malaysia. Ini mustahil dapat diwujudkan. Sifat bahasa yang hidup itu menyebabkan ia berubah dan berbeza-beza. Perubahan itu menimbulkan perbezaan. Tetapi ini bukanlah perbezaan sebagai bahasa yang berlainan. Apa yang boleh wujud ialah suatu bentuk dialek yang mengandungi banyak kelainan yang boleh diterima sebagai melambangkan bentuk yang serupa. Kelainan ini bolehlah dipanggil neka, neka bahasa (language variety).
            Untuk memahami konsep ini cubalah kita lihat suatu keadaan yang wujud di dalam hal bahasa Inggeris. Kita dapat memahami bahawa bahasa Inggeris yang kita tuturkan di Malaysia ini merupakan bahasa Inggeris yang baku. Begitu juga orang India mengatakan mereka menuturkan bahasa Inggeris baku. Demikianlah juga halnya dengan orang New Zealand dan Kanada. Tetapi dalam hal ini jelas dapat kita lihat bahawa bahasa Inggeris yang dituturkan oleh orang New Zealand itu berbeza daripada apa yang dituturkan di India dan di negara-negara lain. Apa yang serupa di sini ialah bahawa semuanya mencuba menggunakan bahasa Inggeris itu menurut satu norma tertentu.. tetapi dalam pada itu setiap satunya akan dipengaruhi oleh banyak unsur tempatan dan perseorangan masing-masing. Oleh itu timbullah bahasa Inggeris India, bahasa Inggeris Malaysia dan lain-lain. Kesemuanya patuh pada satu norma, iaitu satu norma baku. Tetapi, setiap satunya mempunyai keanehan sendiri. Ini menyebabkan timbulnya satu neka tersendiri. Oleh itu dapatlah kita katakan bahasa Inggeris baku itu mempunyai banyak nekanya. Neka England, Scotland, Wales, Kanada, Australia, Nigeria, Malaysia dan lain-lain. Cuba kita lihat satu contoh lain. Mungkin ada orang yang memikirkan kenapa bahasa Indonesia itu dapat menjadi serupa atau mempunyai satu norma baku saja? Ini memang tepat sekali. Tetapi kalau mereka menganggap bahawa satu norma baku itu hanya satu ucapan, satu neka, maka ternyata itu tidak betul. Bahasa Indonesia itu mempunyai banyak neka, seperti, neka Acheh, Palembang, Jakarta, Madura, Irian Jaya dan lain-lain. Setiap satunya menunjukkan keperibadiannya sendiri. Seorang Indonesia dari Jawa itu banyak berbeza daripada segi sebutan, pemilihan kata, penggunaan kata, struktur frasa, ayat dan peribahasa kalau dibandingkan dengan seorang penutur bahasa Indonesia dan Sumatera.
            Begitu juga halnya dengan bahasa Malaysia. Semua penuturnya mengerti dan mampu menggunakan bahasa Malaysia baku. Itulah sebabnya dalam ucapan atau pertuturan rasmi kita akan dengan sendirinya mencuba menyesuaikan sebutan, ayat, dan kata-kata kita dengan apa yang kita anggap akan diterima oleh orang lain. Dengan kata lain kita mempunyai suatu norma yang mahu kita ikuti. Itulah norma yang kita anggap baku. Mungkin kita cuba mengikuti sebutan RTM, sebutan orang tertentu, atau menurut apa yang kita pelajari di sekolah. Dalam percubaan kita untuk menyesuaikan diri dengan satu norma tertentu itu, kita pasti akan menunjukkan banyak perbezaan dari norma baku itu. Misalnya orang Kedah akan terus menyebut a dihujung kata sebagai a, dan orang lain sebagai e (tanda). Dan orang Johor terus menyebut r sebagai gh. Begitu juga, akan terdapat beberapa perbezaan dalam sebutan penutur-penutur yang berlainan, bergantung kepada pengaruh dialek tempatan, atau pekerjaannya. Pendek kata akan timbullah neka sebutan, frasa, ayat penggunaan kata, dan peribahasa. Ini bukanlah perbezaan yang boleh menimbulkan dialek yang berlainan. Ia hanya merupakan neka dalam suatu dialek, iaitu dialek baku.
2.6  Kesalahan Umum dalam Penggunaan Bahasa Malaysia
Untuk mengukuhkan lagi perkara yang dibangkitkan dalam bahagian di atas, saya akan kemukakan beberapa kesalahan umum dalam penggunaan bahasa Malaysia dalam sektor pentadbiran dan pengurusan, media massa, tempat awam dan institusi pengajian tinggi, menunjukkan ada kesalahan dari segi sebutan, ejaan, imbuhan, kata, frasa, ayat dan peribahasa.
            Di bawah diperturunkan kesalahan-kesalahan yang diambil daripada Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1981), untuk perhatian. Contoh-contoh ini juga telah dengan contoh-contoh lain yang difikirkan dapat membantu.
 
2.6.1  Sebutan
Ada tiga jenis kesalahan umum dalam hal sebutan, iaitu (i) kesalahan sebutan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris (ii) kesalahan beberapa kata tertentu dalam bahasa Malaysia, dan (iii) kesalahan intonasi dan tekanan.
            Sistem ejaan telah menetapkan bahawa sebutan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris hendaklah menurut nilai bunyi bahasa Malaysia, iaitu bunyi setiap huruf dilafazkan sesuai dengan bunyi huruf bahasa Malaysia. Malangnya, ada penutur yang melafazkannya menurut bunyi sebutan dalam bahasa Inggeris atau dengan cara yang lain. Contohnya:
kata                                        sebutan                                             sebutan
yang salah                                       yang betul
dialog                                     /dai-log/                                              /di-a-log/
radio                                       /re-dio/                                                            /ra-di-o/
nasional                                  /ne-sye-nal/                                        /na-si-o-nal/
April                                        /e-pral/                                                            /ap-ril/
struktur                                    /strak-cer/                                           /struk-tur/
teknologi                                /tek-no-lo-ji/                                        /tek-no-lo-gi/
industri                                    /in-das-tri/                                           /in-dus/tri
karbon                                                /kar-ben/                                             /kar-bon/
fungsi                                      /fang-si/                                              /fung-si/
definisi                                                /de-fi-na-si/                                         /de-fi-ni-si/
firma                                       /ferm/                                                  /fir-ma/
            
            Dalam pada itu , ada beberapa kata bahasa Malaysia yang menjadi masalah. Ini adalah kerana beberapa hal, kerana tidak mengenali perbezaan e dan e (tanda) telor dan telur. Di samping itu pula ada yang tidak mengenali serupa dan morfem, lebih-lebih lagi di antara me dan dasar, atau i dan dasar. Begitu juga dengan kata-kata yang mengandungi unsur ng, ny, sh, kh dan lain-lain. Ada kecenderungan untuk membunyikan setiap huruf, manakala dua huruf tersebut mempunyai satu bunyi saja.
kata                                        sebutan                                             sebutan
yang salah                                       yang betul
lebih                                        /le-beh/                                               /le-bih/
mengeratka                           /men-ge-rat-kan/                                /meng-e-rat-kan/
                                                /men-ge-rat-kan
mulai                                       /mu-lai/                                                /mu-la-i/
pengarah                                /peng-a-rah/                                       /penga-rah/
merasmikan                           /me-res-mi-kan/                                 /me-ras-mi-kan/
ungu                                        /ung-gu/                                              /u-ngu
            Dari segi intonasi pula, intonasi bahasa asing masih ketara di kalangan penutur-penutur bukan Melayu. Di samping itu pula, intonasi dialek daerah juga masih banyak mengganggu pertuturan rasmi. Memang sukar untuk mengembangkan intonasi baku ini keran penutur yang boleh dijadikan model memang tidak begitu jelas wujud di kalangan ramai penutur.
2.6.2   Ejaan
            Kesalahan ejaan pula biasanya berlaku dari segi sistem keselarasan huruf vokal, pengejaan imbuhan, partikel, gabungan kata, kata pinjaman, nama tempat, nama orang, dan kata istilah khusus.
            Di dalam sistem ejaan baru bahasa Malaysia, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal di dalam kata-kata yang terdiri daripada dua suku kata yang mempunyai suku kata akhir tertutup. Lapan daripada pola ini adalah berubah daripada ejaan lama. Oleh sebab kurang memahami peraturan ini, maka sering kesalahan ejaan seperti contoh berikut:
pola                                        salah                                      betul
a-i                                            aleh                                         alih
a-u                                           sambong                                sambung
e-i                                            lebeh                                       lebih
e-u                                           penoh                                     penuh
i-i                                             milek                                       milik
i-u                                            hibor                                       hibur
u-i                                            puleh                                       pulih
u-u                                           untok                                       untuk
            Selain daripada itu, ada juga ejaan yang tidak terlibat dengan sistem baru ini dan masih diselaraskan oleh sesetengah orang, sehingga ejaannya menjadi salah.
 
pola                                        salah                                      betul
e (taling) -a                             simak                                      semak (meneliti)
e (taling) -e (taling)                pendik                                                pendek
e (taling) -o                             ekur                                         ekor
                                                tempuh                                               tempoh (masa)
o-a                                          hurmat                                                hormat
o-e (taling)                              olih                                          oleh
                                                bolih                                        boleh
            Beberapa kata pinjaman yang diambil daripada bahasa-bahasa di Indonesia telah dikecualikan ejaannya daripada sistem keselarasan huruf vokal. Sebaliknya, orang ramai mengeja perkataan tersebut menurut sistem keselarasan huruf vokal. Contohnya:
            salah                                      betul
            anih                                         aneh
            awit                                         awet
            calun                                       calon
            kagit                                        kaget
            lakun                                       lakon
            lapur                                        lapor
            lancung                                   lancong
            pamir                                      pamer
            perabut                                               perabot
            tulin                                         tulen
            Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris juga adalah dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal ini, tetapi masih kerap disalahejakan. Contohnya:
            salah                                      betul
            atum                                        atom
            bonos                                     bonus
            faktur                                       faktor
            fokas                                       fokus
            injin                                         enjin
            operatur                                  operator
            simbul                                     simbol
            tisis                                         tesis
            Sistem ejaan baru mengekalkan ejaan gugus konsonan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, tetapi ada pengguna yang masih mengeja menurut cara ejaan lama yang tidak menggunakan gugus konsonan. Contohnya:
            salah                                      betul
            belok                                       blok
            kelinik                                     klinik
            derama                                               drama
            sekim                                      skim
            sekerip                                               skrip
            sepering                                 spring
            setor                                       stor
            teradisi                                               tradisi
            Menurut ejaan baru, kata pinjaman umum daripada bahasa Inggeris dieja dengan mengutamakan bentuk visualnya seperti yang didaftarkan di dalam Daftar Kata-Kata Pinjaman Umum dalam Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia. Ejaan yang masih salah ialah yang tidak dieja menurut peraturan penyesuaian bentuk visual ini. Contohnya:
Bahasa Inggeris                 salah                          betul
audit                                        odit                              audit
definition                                definasi                      definisi
dialogue                                 dailog                         dialog
petroleum                               petroliam                    petroleum
psychology                             saikologi                    psikologi
telephone                               talipon                         telefon
tragedy                                               trajidi                           tragedi
unit                                          yunit                            unit
Sistem ejaan menetapkan supaya kata-kata yang membentuk gabungan kata berupa frasa (dan peribahasa) ditulis secara terpisah. Gabungan kata yang salah ialah yang ditulis serangkai manakala sepatutnya dieja berasingan. Contohnya:
            
            salah                                                   betul
            besarhati                                            besar hati
            gurubesar                                           guru besar
            ibubapa                                              ibu bapa
            jamtangan                                          jam tangan
            kapalterbang                                     kapal terbang
            pilihkasih                                            pilih kasih
            samaada                                            sama ada
            senjatapi                                            senjata api
            talipinggang                                       tali pinggang
            tengahari                                            tengah hari
            terimakasih                                        terima kasih
            
            Sistem ejaan juga menetapkan bahawa awalan di- dan ke- ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya, tetapi kata sendi atau kata depan di dan ke ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Kesalahan yang berlaku ialah kebalikan daripada peraturan ini atau penggunaan tanda sempang (-). Contohnya:
            salah                                                  betul
di bawa (di-bawa)                             dibawa
di proses (di-proses)                                    diproses
di kemukakan (di-kemukakan)        dikemukakan
ke kasih                                              kekasih
ke tujuh                                               ketujuh
didalam (di-dalam)                           di dalam
disamping (di-samping)                   di samping
diantara (di-antara)                           di antara
dipejabat (di-pejabat)                                   di pejabat
dijalan raya (di-jalan raya)                di jalan raya
kedalam (ka-dalam)                         ke dalam
kesamping (ka-samping)                 ke samping
keperingkat (ka-peringkat)              ke peringkat
kejalan raya (ka-jalan raya)              ke jalan raya
Mengenai partikel -lah, -kah dan -tah, kesalahan yang didapati ialah penulisan yang menggunakan tanda sempang atau terpisah. Contohnya:
salah                                                  betul
ada-lah/ada lah                                 adalah
apa-kah/apa kah                               apakah
siapa-tah/siapa tah                           siapatah
Partikel pun ditulis terpisah daripada kata yang mendahuluinya, kecuali pada beberapa kata majmuk seperti adapun, ataupun, bagaimanapun, sungguhpun, dan walaupun. Partikel pun yang salah dieja ialah disatukan dengankata yang mendahuluinya. Pun ini bukanlah partikel, tetapi kata sendirian yang bererti ‘juga’. Contohnya:
salah                                                  betul
apapun boleh dimakan                     apa pun boleh dimakan
adikpun pergi                                                adik pun pergi
Suatu perkara yang aneh di sini ialah perkataan walau yang selalu digabungkan dengan bagaimana. Yang mesti digabungkan ialah pun, tetapi ramai pengguna menggabungkan walau dengan bagaimana, seperti walaubagaimanapun/walaubagaimana pun: tidak ada peraturan begini.
Sistem ejaan menetapkan bahawa kata ganti singkat ku dan kau sebagai awalan ditulis serangkai dengan kata yang mengikutnya. Begitu juga, kata ganti singkat -ku, -kan dan -nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Penyalahgunaan yang terdapat ialah pada ejaan yang memakai tanda sempang atau ditulis terpisah. Contohnya:
salah                                                  betul
ku-tulis/ku tulis                                   kutulis
kau-kirim/kau kirim                           kaukirim
rumah ku/rumah ku                            rumahku
pejabat-mu/pejabat mu                    pejabatmu
surat-nya/surat nya                            suratnya
Salah satu kesalahan umum mengenai penggunaan tanda baca ialah penyalahgunaan tanda sempang (-). Contohnya:
salah                                                  betul
daundaun/daun daun                                    daun-daun
gununggangang/gunung ganang     gunung-ganang
abad ke20/abad ke 20                                 abad ke-20 (abad kedua puluh)
tahun 50 an/tahun 50han,                 tahun 50-an
tahun 50an/tahun 50an                     (tahun lima puluhhan)
rahmatNya/rahmat Nya                     rahmat-Nya
KDNnya/KDN nya                             KDN-nya
Suratmenyurat/surat menyurat         surat-menyurat
Adakalanya tanda sempang (-) itu ditiadakan pula, seperti gunung gunung, ke 20 dan 50 an/50an. Ini ternyata salah.
Kesalahan umum mengenai singkatan perkataan bahasa Malaysia ialah berhubung dengan penggunaan tanda titik dan cara penyingkatan perkataan. Singkatan tersebut termasuk singkatan untuk (i) gelaran, (ii) jawatan, (iii) pangkat, (iv) sapaan, (v) nama orang, dan (vi) perkataan umum. Contohnya:
salah                                                  betul
(i)         SS                                                       S.S. (Sarjana Sastera)
            Dr                                                        Dr. (Doktor)
            Hj                                                         Hj. (Haji)
            Ph.D                                                   Ph.D. (Doktor Falsafah)
(ii)        Prof                                                     Prof. (Profesor)
            KPSU                                                 K.P.S.U. (Ketua Penolong Setiausaha)
(iii)       Kpt                                                      Kpt. (Kapten)
            Kol                                                      Kol. (Kolonel)
(iv)       Sdr                                                      Sdr. (Saudara)
            Tn                                                        Tn. (Tuan)
            En                                                       En. (Encik)
            YAB                                                    Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)
            YB                                                       Y.B. (Yang Berhormat)
            DYMM                                                D.Y.M.M. (Duli Yang Maha Mulia)
            TYT                                                     T.Y.T (Tuan Yang Terutama)
(v)        Abd                                                     Abd. (Abdul)
            Muhd                                                   Muhd. (Muhammad)
(vi)       bp                                                        b.p. (bagi pihak)
            dll                                                        dll. (dan lain-lain)
            sk                                                        s.k. (salinan kepada)
2.6.3    Kata
            Kesalahan umum mengenai bentuk jamak dalam bahasa Malaysia terdiri daripada dua jenis: (i) pengulangan kata yang sudah mengandungi makna jamak, dan (ii) pengulangan kata nama yang sudah ditentukan oleh kata bilangan. Contohnya:
            salah                                                   betul
(i)         mereka-mereka itu                           mereka itu
            rakyat-rakyat negara itu                    rakyat negara itu
            para-para menteri                             para menteri
            ibu bapa-ibu bapa (ibu-ibu bapa)   ibu bapa
(ii)        tiga pucuk surat-surat                                   tiga pucuk surat
            dua orang perompak-perompak     dua orang perompak
            semua pegawai-pegawai                semua pegawai
            ramai kakitangan-kakitangan                      ramai kakitangan
            banyak negara-negara                                 banyak negara
            para menteri-menteri                                    para menteri
            setengah-setengah                           setengah
            penduduk-penduduk                         penduduk
            pelbagai masalah-masalah             pelbagai masalah
            Satu lagi kesalahan umum mengenai bentuk jamak dalam bahasa Malaysia ialah pengulangan semua kata dalam frasa nama. Contohnya:
            salah                                                  betul
gurubesar-gurubesar                                    guru-guru besar
kapalterbang-kapalterbang             kapal-kapal terbang
pihak berkuasa-pihak berkuasa     pihak-pihak berkuasa tempatan
                 tempatan                           
Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha         Ketua-Ketua Setiausaha
Perdana Menteri-Perdana Menteri Perdana-Perdana Menteri
Timbalan Naib Canselor-                 Timbalan-Timbalan Naib Canselor
    Timbalan Naib Canselor
Kata sendi dari digunakan untuk tempat dan waktu, dan kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan sebagainya. Kesalahan yang berlaku ialah penggunaan dari di tempat daripada, dan sebaliknya. Contohnya:
(i)         daripada → dari
            salah                                                  betul
Mereka datang daripada mana?    Mereka datang dari mana?
Mereka datang daripada                 Mereka datang dari Kuala Lumpur
    Kuala Lumpur
Ia berkereta daripada                                   Ia berkereta dari rumah ke pejabat
   rumah ke pejabat
Mesyuarat diadakan daripada                    Mesyuarat diadakan dari pukul 8.30 pagi
   pukul 8.30 pagi 
Laporan akan disampaikan             Laporan akan disampaikan dari semasa 
   daripada semasa ke semasa                     ke semasa
Maklumat itu diterima daripada      Maklumat itu diterima dari ibu pejabat
   ibu pejabat
(ii)        dari  → daripada
salah                                                  betul
Maklumat itu diterima                                   Maklumat itu diterima daripada ketua 
    dari ketua pejabat                            pejabat
Ali menerima wang dari ayahnya    Ali menerima wang daripada ayahnya
Perbelanjaannya lebih dari              Perbelanjaannya lebih daripada 
   pendapatannya                                 pendapatannya
Meja itu dari kaya                              Meja itu daripada kayu
Kata sendi di digunakan untuk tempat, dan kata sendi pada untuk masa, orang, binatang dan benda abstrak. Kesalahan yang berlaku ialah penggunaan kata sendi di di tempat pada, dan sebaliknya. Contohnya:
(i)         di → pada
salah                                                  betul
di masa itu                                         pada masa itu
di saat begini                                                 pada saat begini
di zaman lampau                               pada zaman lampau
di hari minggu                                                pada hari minggu
di abad ke-20                                                pada abad ke-20
di musim hujan                                  pada musim hujan
di suatu ketika                                               pada suatu ketika
(ii)        pada → di
salah                                                  betul
pada kebanyakan tempat                di kebanyakan tempat
pada kalangan guru                          di kalangan guru
pada pinggiran sungai                                 di pinggiran sungai
pada keliling kota                              di keliling kota
Kata sendi ke digunakan untuk masa, tempat dan benda konkrit tak bernyawa. Kata sendi kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak. Kesalahan yang berlaku ialah penggunaan kata sendi ke di tempat kepada, dan sebaliknya. Contohnya:
(i)         ke → kepada
salah                                                  betul
ditujukan ke pegawai kerajaan        ditujukan kepada pegawai kerajaan
disertakan ke adiknya                                  diserahkan kepada adiknya
dipulangkan ke Nordin                     dipulangkan kepada Nordin
(ii)        kepada → ke
salah                                                  betul
kembali kepada tempat asal                       kembali ke tempat asal
hingga kepada masa kini                hingga ke masa ini
2.6.4    Frasa
            Peraturan penulisan frasa nama dalam bahasa Malaysia tertakluk kepada “Hukum D-M”, iaitu kata yang utama ‘yang diterangkan’ mendahului kata penerang atau ‘yang menerangkan’. Kesalahan umum yang berlaku ialah susunan kata yang penerangnya mendahului kata yang diterangkan. Ini adalah pengaruh rentetan frasa Inggeris, Cina atau Tamil. Contohnya:
salah                                                  betul
Mara Ekspres                                                Ekspres Mara
Kasim Restoran                                Restoran Kasim
Jaya Akademi                                               Akademi Jaya
Germuda Ekspres                            Ekspres Germuda
Seri Melati Restoran                                     Restoran Seri Melati
Sentul Kedai Pajak Gadai               Kedai Pajak Gadai Sentul
Ban Cheong Kedai Barang Runcit Kedai Barang Runcit Ban Cheong
Sun Sun Klinik                                   Klinik Sun Sun
Bandaraya Kompleks Beli-Belah    Kompleks Beli-Belah Bandaraya
Ekonomi Emporium                          Emporium Ekonomi
Delima Hotel                                      Hotel Delima
Dunia Rumah Tumpangan               Rumah Tumpangan Dunia
Syarikat Satelit Perabot                   Syarikat Perabot Satelit
Hup Yuen Kedai Kopi                       Kedai Kopi Hup Yuen
Taiping Bar & Restoran                   Bar & Restoran Taiping
Keramat Plaza                                  Plaza Keramat
Widuri Gedung Fesyen                    Gedung Fesyen Widuri
Dunlop Tayar                                     Tayar Dunlop
Sinar TV Warna                                TV Warna Sinar
dua minit mi cili sos                          mi dua minit sos cili
cili sos                                                            sos cili
Salah satu kesalahan umum frasa kerja ialah penggunaan sisipan kata tugas di antara kata kerja dengan frasa nama. Contohnya:
salah                                                  betul
menduduki di tempat kedua                        menduduki tempat kedua
mengenai dengan perkara              mengenai perkara
memahami akan kehendak itu                    memahami kehendak itu
mengetahui tentang wujudnya         mengetahui wujudnya
memasuki dalam pertandingan       memasuki pertandingan
menyedari tentang hakikat               menyedari hakikat
berdasarkan kepada laporan                      berdasarkan laporan 
                                                                           (atau didasarkan kepada laporan)
2.6.5   Imbuhan
            Kesalahan umum mengenai imbuhan ialah pengabaian penggunaan awalan yang menunjukkan ragam (aktif, pasif, refleksif) pada kata kerja transitif. Contohnya:
salah                                                  betul
India dapat kemerdekaan                India mendapat kemerdekaan
Kerajaan ambil tindakan                  Kerajaan mengambil tindakan
kami selalu gunakan                                     kami selalu menggunakan kenderaan               
   kenderaan pantas                               pantas
Suruhanjaya jalankan kajian                        Suruhanjaya menjalankan kajian
   demografi                                          demografi
Menteri Besar tegur ibu bapa                      Menteri Besar menegur ibu bapa yang
     abaikan pelajaran anak                   mengabaikan pelajaran anak
Sehingga kehabisan stok                Sehingga stok habis
Untuk penumpang menerbang        Untuk penumpang yang terbang dengan
   dengan MAS                                     pesawat MAS
Kesalahan tatabahasa boleh berlaku kerana pemilihan imbuhan yang tidak tepat. Contohnya:
salah                                                  betul
keretapi melepas                              keretapi berlepas
Perhaluan kanan untuk                     Perhaluan kanan untuk menghadkan 
   menhad peluru berpandu                 peluru berpandu
2.6.6   Ayat
            Kesalahan tatabahasa yang lain adalah seperti contoh berikut:
salah                                                  betul
Menteri itu yang baru pulang                        Menteri yang baru pulang dari luar
   dari luar negeri itu telah                    negeri telah ditemuramah oleh 
   ditemuramah oleh para pemberita             para pemberita
Laporan itu yang mana telah di       Laporan yang telah diterbitkan oleh
   terbitkan oleh suruhanjaya                           suruhanjaya itu mengandungi
   mengandungi banyak kesalahan    banyak kesalahan bahasa
   bahasa
            
2.7       Kesimpulan
Memang jelas, bahawa daripada perbincangan di atas dan contoh-contoh yang diambil daripada Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia, terdapat banyak kesalahan di dalam bahasa Malaysia. Sikap yang lebih teliti dan cermat di dalam menggunakan bahasa Malaysia adalah penting diamalkan. Apa yang dianggap lebih serius lagi ialah, kesalahan-kesalahan ini dilakukan, boleh dikatakan oleh semua orang daripada kanak-kanak sekolah, membawa kepada pensyarah-pensyarah universiti. Sudahlah tiba masanya kita mendisiplinkan diri dan menggunakan bahasa yang bebas daripada sebarang kesalahan yang boleh mengganggu pemahaman.
BAHAN RUJUKAN
Abdullah Hassan, Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Nasional dalam Masyarakat  
Malaysia Baru, dalam Dewan Bahasa, Oktober 1976 hlm. 545-565.
Abdullah Hassan, Unsur Gramatikal Asing, tak bercetak, 1985.
Abdullah Hassan, Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit 
Fajar Bakti, 1986.
Abdullah Hassan, Isu dan Masalah Standardisasi Bahasa Malaysia, dalam Dewan 
Bahasa, Mei 1983, hlm. 323-339.
Ahmad Mohamed Ibrahim & Ahilemah Joned, Sistem Undang-Undang di Malaysia,  
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
Ainon Muhammad, Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi 
dan Bahasa Kebangsaan, Seminar Bahasa Malaysia, di Universiti Malaya, 1953.
Alisjahbana, S.T., The Failure of Modern Linguistics in the Face of Linguistic 
Problems of the Twentieth Century, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1965.
Alisjahbana, S.T., Some Planning Prosesses in the Development of the Indonesia-
Malay Language, in Rubin, e tal. Can Language be Planned?, Honolulu: University of Hawaii Press, hlm. 179-188, 1970.
Alisjahbana, S.T., Indonesia and Malaysia dalam Sebeok, T., Current Trends in 
Linguistics, Vol 8, The Hague: Mouton, h. 1087-1109, 1971.
Amat Johari Moain, Pembentukan Kata dan Istilah, dalam Dewan Bahasa, 1 Januari 
1985, 18-34.
Asmah Hj. Omar, Standard Language and the Standardization of Malaya, dalam 
Antropological Linguistics, Vol. 13, h. 73-90, 1971.
Asmah Hj. Omar, The Malaysian Mosaic of Language dalam Essays on Malaysian 
Linguistics, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967.
Asmah Hj. Omar, Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada 
Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978.
Asmah Hj. Omar, Language Planning for Unity and Efficiency, Kuala Lumpur: 
Penerbit Universiti Malaya, 1979.
Asmah Hj. Omar, Perancangan Bahasa dan Pembinaan Bahasa, Dewan Bahasa, Jun 
1981, 5-18.
Beg, M.A.J., Arabic Loan-words in Malay; A Comparative Study (Edisi Kedua), 
Kuala Lumpur: pengarang sendiri, 1979.
Carey, Y.I., Tegleq Kui Serok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969.
Chuah Chong Cheng, Garis-Garis Panduan untuk Standardisasi Istilah Biology, 
kertas kerja (tak bercetak) USM, 1977.
Chuah Chong Cheng, Ke Arah Satu Percubaan Berkuliah dalam Bahasa Malaysia 
dengna Lebih Berkesan, oleh Ahli Biologis di Institusi Pengajian Tinggi, kertas kerja (tak bercetak) USM, 1977.
Cobarrubias, J., (Ed.), Progress in Language Planning, Berlin: Walter de 
Gruyter&Co., 1983.
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 
1981.
Daftar Istilah MBIM, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.
Daftar Kata-Kata Pinjaman Umum dalam Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, 
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978.
Hashim Yeop A. Sani, Bagaiman Undang-Undang Kita Diperbuat, Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.
Dewan Bahasa dan Pustaka Sa-Puloh Tahun, Kua Lumpur: Dewan Bahasa dan 
Pustaka, 1967.
Eastman, C.M., Language Planning – An Introduction, San Francisco: Chandler& 
Sharp Publishers, Inc., 1983.
Farid Mohd. Onn, Aspects of Malay Phonology and Morphology, A Generative 
Approach, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1976.
Fauziah bt. Ismail, Bahasa Kebangsaan dan Istilahnya, Latihan Ilmiah, Universiti 
Malaya, Jabatan Pengajian Melayu, 1965.
Ferguson, C.A., Language Development, dalam Fishman, et al. Language Problems of 
Developing Nations, New York: John Wiley and Sons, 1968.
Fishman, J.A., Nationality-Nationism and Nation-Nationism, dalam Fishman e al., 
Language Problems of Developing Nations, John Wiley and Sons, 1968.
Fishman, J.A., Language Modernization and Planning in Comparison with other 
types of  National Modernization and Planning, dalam Language in Society, 2: 23-43, 1973.
Ghazali bin Othman, Perkembangan Perbendaraan Kata Bahasa Melayu dalam 
Konteks Perkembangan Kebudayaan Pengguna-Pengguna Bahasa Melayu, Tesis – M.A. Universiti Malaya, Jabatan Pengajian Melayu, 1973.
Gonda, J., Sanskrit in  Indonesia, Edisi Awal Kedua, New Delhi: International 
Academy of Indian Culture, 1973.
Hall Jr.R.A., American Linguistics dalam Archivum Lingustivum IV (fasa I), 1-16, 
1951.
Harimurti Kridalaksana, Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa, Ende: Penerbit Nusa 
Indah, Cetakan 2, 1978.
Hassan bin Ahmad, Dasar Pembentukan Istilah Sains dalam Bahasa Malaysia, 
Dewan Bahasa, (Jun 1981) 19-30.
Hassan bin Ahmad, Istilah Bahasa Malaysia Kerap Berubah, Dewan Bahasa, (83:48).
Haugen, E., Planning for a Standard Langugae in Modern Norway dalam 
Antropological Linguistics I(3):8-21, 1959.
Haugen, E., Construction and Reconstruction in Language Planning: Ivar Aasen’s 
Grammar, dalam Word, 21(2): 188-207, 1965.
Haugen, E., Dialect, Language, Nation, dalam American Antropologist, 68(4): 922-
935, 1966.
Haugen, E., Linguistic and Language Planning, dalam Bright, W. (ed.), 
Sosiolinguistics: Proceedings of the UCLA Sociolinguistics Conference, The Hague: Morton, 159-190, 1966.
Haugen, E., Language Planning, Theory and Practice, dalam Graur, A. (ed.), Actes 
due Xe Congres International des Linguistics Bucarest, Bucharest: Editions de L’Academie de la Republique Socialiste de Roumanie, 701-711, 1969.
Ismail Hussein Malay Dialectsin the Malay Penisula, kertas kerja ICO, Canberra 
1969.
Karam, F.X., Toward A Definition of Language Planning, dalam J.A. Fishman, 
Advance in Language Planning, The Hauge: Mouton, 1974.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Penggunaan Istilah Sains di Peringkat Sekolah, 
Seminar Penggunaan Istilah Sains, Kuala Lumpur, Disember 14-15, 1983.
Khoo Lian Ee & Sam Teng Wah, Masalah-Masalah yang Ditemui Semasa 
Menterjemahkan Sebuah Buku Teks Kimia Organik, kertas kerja (tak bercetak) USM, 1977.
Kloss, H., Research Possibilities on Group Bilingualism: A Report, Quebec, 
International Center for Bilingualism, 1969.
Laporan Jawatankuasa Mengkaji Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa 
dan Pustaka, 1981.
Le Page, R.B., The National Language Question: Linguistic Problems of Newly 
Independent States, London Oxford University Press, 1964.
Lim Chin Lam, Aspek-Aspek Penggunaan Bahasa Malaysia dalam Sains dan 
Teknologi, kertas kerja (tak bercetak) USM 1977.
Malkiel, Y., Lexicography dalam Reed, C.E., The Learning of Language, Appleton 
Century Crofts, 1971, m.s. 363-387.
Mas’od Abd. Rashid, Beberapa Kesulitan dalam Mencari Istilah Sains, dalam Dewan 
Bahasa, (Februari 1959) 59-71.
Neustuphy, J.V., Basic Types of Treatment of Language of Language Problem, dalam 
J.A. Fishman, Advances in Language Planning, The Hague: Mouton, 1974.
Noss, R., Language Policy and Higher Education, Vol. III, Part 2 of Higher 
Education and Development in Southeast Asia, Paris: UNESCO and International Association of Universities, 1967.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Kuala Lumper: Dewan Bahasa dan 
Pustaka, 1975.
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan 
Bahasa dan Pustaka, 1975.
Quirk, R. & Greenbaum, S., A University Grammar of English, London: Longman, 
1973.
Rabin, C., Spelling Reform – Israel 1968 dalam Rubin & Jernudd, Can Language be 
planned? 95-121, Honolulu: University Press of Hawaii, 1971.
Raja Mukhtaruddin b. Raja Mohd. Dain, Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan 
Bahasa di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
Ray, P.S., Language Standardization Fishman, et al. dalam Reading in the Sociology 
of Language, The Hague: Mouton, 1966.
Rubin, J., Evaluation and Language be Planned?, Honolulu: University Press of 
Hawaii, 1971.
Rules of The High Court 1980, (P.U [A]50/80), Kuala Lumpur: Malaysian Law 
Publishers, 1982.
Salleh Johari, Pembentukan Istilah dalam Perkembangan Bahasa, Latihan Ilmiah, 
PPIK., USM, (tidak bercetak, 1985).
Sasterawan 50, Memoranda Angkatan Sasterawan 50, Kuala Lumpur: Oxford 
University Press, 1962.
 
 
info yang sangat berguna untuk penulisan thesis saya dengan menggunakan thesis writing service malaysia.
ReplyDeleteDi dalam artikal ini mengisahkan mengenai Bahasa Malaysia dan Norma Baku. Tajuk artikal ini adalah sangat menarik untuk mereka pelajar-pelajar dalam mendapatkan maklumat yang terperinci bagi menyiapkan kertas kerja yang telah diberikan oleh mereka. Sebagai rujukan, di sini saya mempunyai laman web yang boleh membantu anda semua mencari maklumat yang lengkap dan padat dengan hanya melayari research malaysia kerana mempunyai isi kandungan yang lengkap dan sangat berkualiti.
ReplyDeleteDengan itu, ia dapat membantu anda semua di dalam bidang penulisan.
Terima Kasih di atas perkongsian yang berfaedah ini.